Yasiin Buat Arwah Abah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Malam ini ketika aku khusyuk membaca surah yasiin untuk disedekahkan kepada arwah Abah, tiba-tiba tanpa ku sedari air mataku mengalir laju tanpa diundang. Aku cuba untuk menahannya, tetapi aku tidak berdaya…….Aku biarkan saja ia mengalir sambil ayat demi ayat aku teruskan bacaan.

Rindu ?

Mungkin aku rindu arwah Abah. Rindu sangat-sangat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hatiku disaat ini. Maklumlah ketika arwah Abah menghembus nafas yang terakhir, aku tiada di sisinya. Adik-adik yang lain semuanya berada di sisi ketika arwah Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk bertemu Sang Penciptanya.

Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga pada hari Isnin 23 Safar 1431 H bersamaan 08 Februari 2010 jam 06.15 pagi. Pada pagi itu, ketika aku bersiap-siap untuk pergi kerja (ke sekolah), tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku berasa hairan….Kenapa adik aku telefon pagi-pagi begini. Sebelum ini dia tidak pernah telefon pada waktu begini. Aku sambut panggilan itu.

“Assalamualaikum Abang Him….Nabilah ni….Emm nak bagitahu, tapi harap Abang Him jangan terkejut la………..Abah dah taka de…” bagitahu adik aku.

Aku dengar suara Nabilah teresak-esak, bercakap sambil menangis. Hatiku mula gelisah…..Hati mula sebak, tetapi aku masih dapat mengawal perasaan itu untuk bertanya selanjutnya apa sebenarnya berlaku.

“Abah tak de…..Abah gi mana?” Tanya aku.

“Emmm Abah dah meninggallll” jawab Nabilah.

Tak dapat menahan kesedihan

Apabila mendengar jawapan daripada Nabilah itu, aku terus duduk terpaku kaku dan tidak berkata apa-apa. Air mataku mula mengalir laju….Aku tak dapat menahan perasaan kesedihan ini. Aku sangat sedih kerana orang yang aku sayangi dan banyak berjasa dalam hidup kami sekeluarga telah meninggal buat selama-lamanya. Tanpa dia mungkin aku tak dapat apa yang aku dapat sekarang. Aku sangat sedih.

Pada pagi itu juga, cuaca redup sekali dan hujan turun renyai-renyai. Dalam kesedihan itu, aku menyuruh isteri mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung. Kemudian aku menelefon Guru Besar untuk memaklumkan apa yang berlaku dan memohon cuti. Alhamdulillah dia izinkan.

Aku, isteri dan anak (Afaf) terus pergi ke Airport Sibu. Alhamdulillah tiket ke Kuala Lumpur masih ada dijual. Kira-kira sehari semalam baru aku sampai di kampung. Kesian tengok Afaf keletihan. Sepanjang perjalanan dia asyik tidur dan sekali sekala menangis. Mungkin badannya terlalu penat.

Apabila aku sampai di rumah, semuanya sudah selesai. Arwah Abah pun sudah selamat dikebumikan. Sekali lagi hati aku tak dapat menahan kesedihan kerana hanya aku seorang sahaja yang tidak sempat menatapi wajah Abah buat kali terakhir. Adik-adik yang lain mereka sangat beruntung kerana sempat tengok dan kucup wajah arwah buat kali terakhir.

Beban dan Tanggungjawab

Setelah pemergian arwah Abah, segala beban dan tanggungjawab yang dipikul arwah sebelum ini, semuanya terletak di bahu aku. Walaupun berat bagi aku, sebagai anak sulung itu semua sudah menjadi amanah dan tanggungjawab aku mengantikan arwah Abah untuk memastikan nasib keluarga dan adik-adik terjaga dan terbela selepas ketiadaannya.

Aku sangat bangga dan kagum dengan arwah Abah. Dia seorang bapa yang sangat bertanggungjawab, tegas dan sangat mementingkan soal pelajaran anak-anak. Dia tidak pernah memukul aku, tetapi jelingannya membuatkan aku adik beradik kecut perut. Ketegasannya amat aku puji dalam mendidik anak-anak.

Pentingkan pelajaran anak-anak

Manakala dalam soal pelajaran pula, satu perkara yang tidak boleh aku lupakan ialah ketika aku menduduki ujian PMR. Arwah Abah sangup mengambil cuti bekerja semata-mata untuk menghantar aku ke sekolah dan menunggu sehingga aku selesai ujian. Sebelum aku masuk dewan peperiksaan, inilah ungkapan yang selalu diungkapkannya “jangan mudah putus asa apabila berhadapan dengan soalan-soalan yang susah, buat setakat yang termampu, selebihnya kita berserah sahaja kepada Allah SWT.”

Pengorbanan Arwah

Pengorbanannya tidak dapatku balas dengan wang ringgit, dia sangup melupakan keperluan peribadinya demi keluarga dan pembelajaran anak-anak. Bagi dia memberi pelajaran kepada anak-anak adalah harta yang paling berharga buat dirinya.

Oleh itu, sudah menjadi rutin dan kewajipanku sebagai seorang anak yang ingin berbakti kepada orang tuanya (ibu bapa) yang telah meninggal dunia dengan membaca yasiin dan ayat-ayat suci al-Quran setiap hari walaupun dengan satu ayat untuk disedekahkan kepada arwah Abah. Mudah-mudahan kuburnya sentiasa bercahaya dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat ILAHI serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di akhirat kelak.

Selain amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang pernah dilakukan oleh si mati, anak-anaklah yang dapat membantu kedua ibu bapanya apabila mereka meninggal dunia. Segala perbuatan baik yang dilakukan oleh si anak di atas dunia ini sedikit sebanyak memberi saham juga kepada kedua ibu bapa yang berada di alam berzakh dan di akhirat kelak.

Akhir kalam, aku selalu mendoakan semoga arwah Abah sentiasa tenang di sana………..Ameen.

Tanjung Manis, Sarawak.
Jumaat. 02.27am
23 April 2010 / 08 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 April 2010, in MY FAMILY. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. Assalamualaikum wbt. utz,

    Sayunya baca entri utz, membuat diri teringat pengalaman kehilangan abah tercinta hampir 4 tahun lalu. Pasti berbahagia ibubapa yg mempunyai anak2 yang soleh & solehah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh..

    • Waalaikummussalam wbt……………Terima kasih sykin kerana sudi berkunjung di sini. Ya betul, selain sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat, berbahagialah para ibu bapa yg mempunyai anak yg soleh dan solehah yg tidak putus2 berdoa utk kesejahteraan mereka di alam berzakh….Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan anak yg sentiasa berbakti kpd ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia….Ameen.

  2. Sebagai sesama insan yang kehilangan Ayahanda (ibu saya pun sudah meninggal), saya sangat faham suasana hati anda.. Semoga segala amalan ayahanda diterima Allah SWT, dan almarhum tenang di sisi-Nya..

    Salam kenal, dan salam hangat dari Blogger Indonesia…

  3. semoga amal dan kebaikan ayah om diterima disisiNya..
    Amin…
    makasih om dah berkunjung ke blog saya.. 🙂

  4. amin,, semoga arwah Abah ditempatkan bersama-sama golongan
    orang sholeh..

    “jangan mudah putus asa apabila berhadapan dengan soalan-soalan yang susah, buat setakat yang termampu, selebihnya kita berserah sahaja kepada Allah SWT.” sebuah pesan yang luar biasa…

    salam hangat dari Podjok Qolbu Ku,,

    • Ameen……Terima kasih sobat kerana mendoakan arwah.

      Em pesanan itu tidak pernah saya lupakan dan menjadi semangat bagi saya untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini.

      Salam persahabatan juga dari saya “Abu Musaddad” semoga kita bisa menjadi sobat yg baik walaupun lewat alam maya ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: