Antara Chelsea, MU, Negeri Sembilan, Kedah dan Tg. Manis C-FU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, sambil kita santai-santai di hari minggu, KAM nak bercerita pasal bola. KAM yakin pasti ramai peminat-peminat bola sepak tempatan mahu pun luar negara yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan sengit antara MU Vs Chelsea semalam melalui saluran astro ESPN 812. Begitu juga dengan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan Vs Selangor dan Kedah Vs Terengganu yang disiarkan melalui saluran ARENA 801 dan TV1.

Tahniah Tg. Manis C-FU

Sebelum itu, KAM ingin mengucapkan Tahniah kepada Team Tg. Manis C-FU di atas kejayaan menjuarai pertandingan futsal sempana Hari Tanjung Manis 2010 yang berlangsung baru-baru ini.

“Kami sangat bersyukur kerana akhirnya pada tahun ini kami menjadi juara. Sebelum ini pencapaian terbaik kami adalah setakat separuh akhir sahaja. Tetapi atas berkat usaha gigih setiap pemain dan kami mempunyai gandingan mantap kesebelasan pemain akhirnya kejayaan milik kami pada tahun ini. Selain itu, Team Tg. Manis C-FU mencatat sejarah pada tahun ini kerana menjuarai pertandingan ini dan julung-julung kalinya masuk dalam “Utusan Borneo”. Insyaallah kami akan tingkatkan mutu permainan kami untuk menjadi juara yang seterusnya selepas ini. ” kata Pengurus pasukan Tg. Manis C-FU.

Ucapan Tahniah sekali lagi buat Team Tg. Manis C-FU semoga menjadi sebuah pasukan yang mantap dan sebuah pasukan yang digeruni oleh kawan mahupun lawan. Hebat…hebat…hahaha…

Chelsea Gah ditangga Teratas Liga

Perlawanan menarik semalam antara MU dan Chelsea di mana Chelsea telah menewaskan dan membelasah MU 2 – 1. Sekaligus di atas kemenangan itu, Chelsea melonjak ke tangga teratas liga dengan kelebihan 2 mata meninggalkan MU ditangga kedua liga. Kini Chelsea telah mengumpul 74 mata.

Kemenangan Chelsea semalam telah mengibkan kemegahan MU ditempat sendiri. Gol pertama Chelsea dijaringkan oleh Joe Cole pada minit ke-20.

Pada separuh masa kedua, MU mengandakan asakan sehinggakan terdapat beberapa percubaan yang hampir-hampir membuahkan hasil. Namun ketiadaan Rooney adalah satu kelebihan buat pasukan Chelsea. Barbatov menjadi ayam tambatan pasukan MU semalam pun tidak menjadi walaupun beberapa percubaannya menepati sasaran, namun kecekapan penjaga gol Chelsea dapat mematahkan percubaannya.

Asakan demi asakan, Chelsea membawa masuk Drogba mengantikan Anelka dengan harapan dapat menambahkan gol buat pasukan Chelsea. Percaturan itu menjadi kenyataan apabila Drogba membuktikan penyudahnya adalah berbisa berjaya meledakkan gawang gol MU pada minit ke-79. Gol kedua daripada Drogba ini adalah gol kemenangan buat pasukan The Blues.

United yang tersentak dengan dua gol Chelsea itu dilihat memperkemaskan jentera serangan mereka dan kemasukan penyerang muda, Federico Macheda ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-81.

Namun jaringan daripada Mecheda itu dianggap sudah terlambat untuk United sekurang-kurangnya mengikat Chelsea dengan keputusan seri.

Pengurus Pasukan MU Alex Ferguson sekali lagi kecewa dengan kekalahan ini. Ini semua disebabkan oleh mutu pengadilan yang kurang memuaskan sehingga pasukanya tewas semalam.

Jaringan yang dilakukan oleh Drogba itu menimbulkan kontroversi setelah dia dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid. Apapun Chelsea menang dengan result 2 -1 sekaligus merampas tahkta liga yang sebelum ini diperintah oleh MU.

Negeri Sembilan, Kedah Layak Ke Final

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan dan Kedah kerana layak ke final Piala FA. Akhirnya impian penyandang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan untuk beraksi di pentas final Piala FA tercapai.Negeri Sembilan berjaya merealisasikan impian mereka itu apabila menyingkirkan juara bertahan, Selangor.

Sekalipun agregat terikat 2-2 selepas Negeri Sembilan tewas 0-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi, skuad “Hoben Jang Hoben” itu tetap melangkah ke final berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam Selasa lalu, Negeri Sembilan menang 2-1.

Gol tunggal Selangor malam tadi diperoleh hasil jaringan sendiri pertahanan Negeri Sembilan, Alif Shamsudin pada minit ke-56.

Terdahulu, pada babak pertama, Selangor dilihat gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik di depan pintu gol tuan rumah. Begitu juga Negeri Sembilan yang terlepas untuk menggegar gawang pasukan pelawat.

Pada babak kedua, skrip yang sama hampir berulang apabila beberapa peluang yang diperoleh kedua-dua pasukan gagal dimanfaatkan sebaik mungkin. Hanya jaringan tunggal Alif dapat dijelmakan bagi menceriakan seketika penyokong Selangor.

Sementara itu, Kedah membenam Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah mara ke final dengan agregat 4-1 selepas skuad Kenari itu mencipta kemenangan 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada aksi malam tadi, Khairul Helmi Johari menjaringkan gol pertama Kedah seawal minit kelima. Muhd. Syafiq Jamal menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-24. Gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Wan Mohd. Aliff pada minit ke-42.

Mungkin anda juga meminati membaca artikel ini:

Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad
04 April 2010 / 19 Rabiul Akhir 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 April 2010, in BICARA SUKAN, Tanjung Manis. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Tahniah team C-Fu tanjong manis🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: