Teknik Belajar Berkesan (Bahagian 3)

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

BERTEMU kembali kita di dalam tajuk “Teknik Belajar Berkesan”, di mana hari ini KAM akan menyambung tajuk ini pada bahagian 3. Pada bahagian 1 dan 2 yang lepas, KAM telah memberi beberapa teknik bagaimana cara untuk belajar secara berkesan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekalian.

Dalam bahagian 3 ini pula, insyaALLAH KAM akan memberi beberapa teknik lagi yang mana teknik-teknik ini KAM mengambil daripada beberapa blog motivasi yang dianggap penting untuk tatapan para pelajar sekalian. Antara teknik-teknik tersebut ialah :

Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran

Para pelajar harus mempelajari bagaimana cara dan teknik-teknik menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari. Ini akan menambahkan kemahiran para pelajar apabila berdepan dengan soalan-soalan peperiksaan nanti. Setiap mata pelajaran yang dipelajari mesti ada cara dan teknik-teknik tertentu untuk menjawab soalan tersebut. Tanpa mempelajari teknik-teknik ketika menjawab soalan, ini akan menyukarkan para pelajar untuk menjawab. Bertanya kepada guru anda bagaimana cara dan teknik-tekniknya. Sebagai contoh, pelajaran matematik. Sekiranya teknik menjawab tidak betul mungkin kita akan kekurangan masa ketika di dalam peperiksaan nanti. Oleh itu, MAHIRKAN diri anda dengan teknik-teknik menjawab soalan-soalan bagi setiap mata pelajaran.

Meneliti, mengkaji dan menganalisis trend soalan-soalan tahun-tahun lepas

Para pelajar juga digalakkan supaya mereka meneliti, mengkaji dan menganalisis trend soalan-soalan tahun-tahun lepas. Bagaimana bentuk soalan, apakah tajuk-tajuk yang selalu ditanya dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan para pelajar mengulangkaji pelajaran mereka.

Berani memberi idea dan berfikir secara kreatif

Selain itu, para pelajar hendaklah berani memberi idea-idea yang bernas ketika sesi pembelajaran. Memberi idea juga dapat melatih para pelajar berfikir secara kreatif. Hal ini sangat digalakkan kerana ia akan memudahkan para pelajar apabila mereka menjawab soalan peperiksaan nanti.

Dapatkan nasihat guru apabila menghadapi masalah di dalam pelajaran

Dan yang terakhir sekali ialah pelajar juga digalakkan supaya mereka segera dapatkan nasihat guru sekiranya menghadapi masalah dalam pelajaran. Jangan malu untuk mendapatkan masihat guru. Ini sangat penting kerana ia dapat membantu pelajar menghadapi segala masalah dalam pembelajaran dengan tenang.

Kesimpulannya KAM berharap agar para pelajar dapat mengamalkan dan mengikuti semua teknik-teknik yang telah di berikan di dalam pembelajaran mereka. KAM doakan agar anda semua berjaya di dalam peperiksaan nanti. Wallahu A’lam….

Tanjong Manis, 21 Julai 2009 M / 28 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

8 Responses to Teknik Belajar Berkesan (Bahagian 3)

  1. AKHMAD SUDRAJAT berkata:

    Tulisan yang bagus!

    Salam silaturahim dari seorang pendidik di Indonesia

    ****KAM : Salam silaturahim juga dari Malaysia….Syukran jazilan kerana melawat laman Kalam Abu Musaddad……*****

    Like

  2. bakhtiar berkata:

    tips yang bagus….salam kenal dari indonesia

    ****KAM : Em salam kenal juga dari Malaysia>>****

    Like

  3. fatin atiqah berkata:

    slm ukhuwah..sy nk tnya mcm mn nk buat agar lebih cemerlang dalam peperiksaan??apa yg di beritahu telah sy lakukn ttp x berjya jga??

    ****KAM : Sila baca artikel ” Sudah Berusaha Tetapi Tidak Cemerlang, Kenapa ? ” ****

    Like

  4. zuhylmy berkata:

    assalamualaikum… saya ingin bertanya tentang pendirian saya.
    saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya tetapi tidak menuju ke arah yang betul. saya pelajar berumur 16 yang kuat bersukan, tetapi tidak mengabaikan pelajaran.. malahan tugas diri kepada tuhan saya sentiasa tunaikan. kenapa saya masuh sukar mendapat kejayaan????

    Like

  5. hasnah berkata:

    assalamualaikum…. saya nak tanya bagaimana cara untuk saya menguasai subjek sains tulen? saya minat ketiga-tiga subjek tu tapi kenapa saya tidak boleh nak menguasai subjek tersebut tapi subjek biologi saya boleh sikit kuasai dan subjek berkaitan dengan bahasa saya boleh kuasai spt subjek sej bm bi dan pai….? apa sebenarnya masalah saya dan macam mana nak atasi

    Like

  6. liya_farliyana44 berkata:

    terima kasih atas tips itu… tips tu berkesan jugak erk…

    Like

  7. liya_farliyana44 berkata:

    ada tak tips2 yg lain selain yg ni.. nnti ley follow

    Like

Tinggalkan komen