Bonus Tetap Sektor Awam

BERKAITAN dengan pemberian bonus tetap sektor awam, hari ini akbar Berita Harian melaporkan bahawa Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan

berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

  • Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
  • Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
  • Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
  • Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.

Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. Apa pandangan / pendapat pembaca ?

Tanjong Manis, 16 Julai 2009 M / 23 Rejab 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Julai 2009, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Tuntutan CUEPACS ini wajar disokong oleh semua kakitangan kerajaan, namun seperti biasa apa yang dituntut ini selalunya bukan boleh dapat semua ataupun jika dapat pun sekurang-kurangnya sebahagian kecil dari tuntutan… Jadi tidak ada apa sangat yang boleh kita harapkan daripada kerajaan yang ada sekarang… Moralnya kalau nak dapat kehidupan yang lebih selesa, aman dan berkebajikan, PRU akan datang marilah kita ubah kerajaan yang ada ni kpd KERAJAAN BARU pula amacam! BERANI SENDUK KERANA PENGEDANG, BERANI MATI TAK MATI!!! BERANI BERUBAH TAK REBAH! Mafhum daripada firmaNYA; Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka sendiri…wallahua’lam..

  2. Wi demo balik kampung tak raya Idilfitri nun?

    ****KAM : Em…InsyaALLAH balik…Demo balik ko ? Tiket kawe tak beli lagi nih….****

  3. Kwe insyaAllah blik, tp slps 1 Syawal coz thn giliriran sbelah zaujah.. lau ada rezeki buleh lah kita jupo.

  4. mudah-mudahan dikabulkan apa yang dituntut sejajar dengan slogan rakyat didahulukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: