Kelebihan Ayat Seribu Dinar
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat seribu dinar ini. Sekarang…Ana ingin mengajak pelawat2 yang budiman sekalian mari sama2 kita dengar apa ulasan Ust. Zaharrudin (video) mengenai ayat seribu dinar ini.
WALLAHU A’LAM..













Assalamualaikum warahmatullah.kalo saya ingin mendengarkan ayat seribu dinar apa bisa?
mengingatkan sy time kecik dulu tntg cite ni
teruskan usaha anda dalam usaha menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat yang semakin ketandusan sekarang
****KAM : InsyaAllah…Syukran kerana kunjungi laman ini….****
saya brasal dari aceh dan pernah belajar di pondok pesantren malikussaleh panton labu aceh utara dan semasa saya hendak melakukan perantauan saya ke malaysia saya juga diajarkan oleh ustaz ayat 1000 dnr dan diamalkan 25 x selepas solat subuh dan 25 x selepas magrib dan usaha gigih dimalaysia alhamdulillah
wassalam
Yup…ana da cuba amalkan..Insyaallah….
tidak mengapake? ayat 1000 dinar ini digantungkan pada premis-premis perniagaan?betulke ayat ini digantungkan dikedai dapat murahkan rezeki pada peniaga?
****KAM : Em bagi ana, semua rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. DIA yang memberi…****
saya perhatikan mana-mana premis niaga yang gantungkan ayat ini,semuanya maju dalam perniagaan.boleh mendatangkan apa-apake?
pada saya gantung ayat 1000 dinar tu bagus..tapi bukan satu sebab perniagaan kita boleh maju.. yang penting amalan… amalkan baca ayat 1000 dinar tu.
wassalam
laman ni memang bagus.
insyaAllah, saya akan sentiasa berpandukan laman ni.
dan saya harap,saya dapat memperkembangkan ilmu saya serba
sedikit melalui laman ini.
selamat maju jaya..
****KAM : Syukran sahabat….****
Maha Suci Allah sentiasa tahu apa yang kita sedang dan akan buat..amalkan ayat ini dengan yakin dan ikhlas,bersihkan diri dari dosa dan noda..insyaallah kita diberkati..bagi yang tidak percaya, terpulanglah kepada mereka..yang pasti, saya telah alaminya sendiri..bukan semua ustaz memiliki keyakinan yang tinggi kepada ilmu yang mereka ada, adakalanya mereka hanya mampu memberitahu kepada orang lain, tetapi dalam masa yang sama mereka juga leka dengan dunia sendiri..Sebagai hamba allah, kita hendaklah bertaqwa dan yakin dengan allah, bukannya dengan manusia.Mudah-mudahan kita dapat kembali kepada kumpulan yang suka bermuhasabah diri serta sentiasa bertaubat..oo ya, sebelum amalkan ayat ini, pastikan kita berguru supaya bacaannya betul..Insyaallah diberkati ALLAH