KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kalam ini mula bicara :

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kalam ini harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

WALLAHU A’LAM..

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 26 Mac 2008, in Bicara Agama, Kisah Teladan. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Assalamu’alaikum WBT. Mudah2an saudara/i sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

    Saya ingin tahu, hadis yg saudara kemukakan ini apakah tarafnya ? Blh saya tahu siapa yg meriwayatkannya ?

    Jika saudara/i tahu, harap dpt email kpd saya.

    T/kasih.

  2. assalamualaikum warahmatullah.

    sungguh syg sekali. apabila hal-hal selawat, mahukan bukti kesahihan.. mesti mau hadis-hadis dan periwayatnya…

    tetapi bila mendengar berita yang belum sahih kebenarannya, tidak seorang pun bertanya betul ke cerita ni begini begitu…

    wahai, kalau nak tanya kesahihan dan hadis dan periwayatnya, berjumpalah dengan orang-orang yang ahli…

    pergilah berjumpa Asy-Asyeikh Fuad Al Maliki…. dia akan jawab persoalan anda sebab dia MAHIR…

    wassalamu alaikum

  3. ‎”Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.” (Surah Al-Ahzab:56)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: