INTERAKSI

Kepada pengunjung Kalam Abu Musaddad, Sekiranya saudara/saudari berhasrat untuk meluahkan pendapat ataupun ingin bicara apa saje sila coretkan pada ruangan tinggalkan komen di bawah ini. Terima kasih.

55 Responses to INTERAKSI

  1. Musaddad berkata:

    Testing ruangan ini.he he he… Ayuhhh… Coretlah sesuatu diruangan ini sempena kunjungan anda. TQ

    Like

    • Tanpa Nama berkata:

      Assalamualaikum.w.b.t,
      maaf n minta izin untuk menggunakan ilmu2 di ruangan Tuan..

      Like

    • Tanpa Nama berkata:

      as’kum…… pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada saudara kerana mempunyai komitmen untuk mewujudkan dan mengendalikan blog seperti ini yang banyak memberi info dan maklumat pelbagai. teruskan usaha murni ini.

      Like

    • Tanpa Nama berkata:

      HALALKAN JIKA TERAMBIL ILMU TUAN, ” UNTUK MENGUBAH ADALAH SENANG, TAPI UNTUK BERUBAH ADALAH SUKAR KERANA KEJAHILAN; IMK123

      Like

  2. Achmad Sholeh berkata:

    Salam kenal, semoga silaturrahmi kita tetap terjaga meski hanya lewat blog, dan mari terus berkarya

    ****KAM : Salam ukhwah juga buat saudara Achmad…Mudah-mudahan begitulah…Sentiasa bersilatulrahmi..Yup..Berkarya…Terus berkarya…Agar menjadi amal jariah buat kita…****

    Like

  3. eu king berkata:

    assalamualikum, sedang saya melayari internet untuk mencari informasi lain, maka tertekanlah web saudara dan saya terbaca satu ayat di sebelah kanan SK Tanjung Manis, saya clik dan rasa tergaman sebentar kerana tempat itu telah lama saya tidak melawatnya, terutamanya pada kawan saya yang berada di bukit kinyau, kawasan penempatan yang ada kilang kayu, beberapa buah kedai, klinik dan sekolah. saya cuma dapat mengingati beberapa kawan semasa sekolah rendah di sk abang gesa dan meneruskan sekolah menengah di smk belawai. kepada kawanku yang bernama gani, azwan, jaguh badminton dikala itu(nama tak ingat) dan ada beberapa orang lagi pada tahun 1983, saya salah seorang pelajar cina ketika itu di smk belawai dan ayah bekerja di jkr belawai. semoga kawan yang mengenali diri ini, hubungi dengan e-mail tab753@gmail.com.
    sekian wassalam.

    ****KAM : Wslm…Buat saudara Eu King, terima kasih kerana melayari web ini…Ana doakan semoga silatulrahim antara anda dan kawan2 kembali bertaut suatu hari nanti…dan sekiranya ada di antara rakan2 yang membaca ruangan ini mengenali saudara eu king, mohon hubungilah beliau di alamat email di atas…****

    Like

  4. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Assalamualaikum…. Salam kenal… saya Nafi’….
    Nice blog Pak, artikelnya bagus-bagus… tetap pertahankan untuk ngeblog… dan saranku cuman : tolong sanp shotnya dihilangkan soalnya mengganggu pembaca… Link balik ya di http://bagdemagus.wordpress.com saya tunggu kedatangannya…
    Wass…

    ****KAM : Wslm….Terima kasih atas komentar dan saran Nafi’….Em insyaAllah ana akan hilangkan kalau betul mengganggu pembaca k…Ada masa mampir lagi ya…****

    Like

  5. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Assalamualaikum…. Terima kasih banyak atas kunjungannya…. tetap pertahankan ya Pak untuk berkreasi membuat artikel yang bagus….. aku tunggu kembali kedatangannya di rumah maya saya…
    wass

    Like

  6. pensyarah dinamika berkata:

    Assalamualaikum…Saudara KAM. Tahniah kerana dapat menghasilkan blog yang cukup bermanfaat seperti ini. Hebat saudara kerana berkelulusan bidang agama tetapi serba boleh. Teruskan niat baik seperti ini. Saya akan terus mendoakan moga saudara KAM akan terus maju dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat. Kita senasib nampaknya , bertugas di perantauan tetapi bezanya saudara di Sarawak saya di Pulau Labuan.Ramai anak murid saudara yang telah menjadi pelajar saya kini.

    ****KAM : Wslm…Terima kasih banyak2 atas sokongan tuan terhadap penulisan ana…Yeke…He he..Em raya nanti dapat balik kampung ke ? Tuan asal mana…Klate jugak ke ? Saya doakan semoga tuan sihat walafiat sekeluarga disamping menjalani ibadah puasa…Jangan lupa kita sudah dipenghujung ramadhan…Burulah keistimewaan lailatul qadar, semoga kita tergolong di dalam hamba-hamba-NYA yang mendapat keuntungan di dunia dan juga di akhirat…Ameen…Ada masa kunjungilah laman Kalam Abu Musaddad sokmo k…he he…Syukran jazilan..Ila liqa’ maa salamah….****

    Like

  7. aida berkata:

    assalamualaikum cikgu, mungkin tidak terlewat untuk kak aida menyatakan rasa syukur kerana dapat bertemu blog cikgu ini dan menjadikan blog ini tatapan harian. Mudahan-mudahan blog cikgu akan terus dikunjungi dan yang penting mendapat manfaat dari penulisan yang cikgu coretkan.

    ****KAM : Wslm kak…Wah ni dah jadi pembaca setia Kalam Abu Musaddad ni…Terima kasih banyak2 kak di atas penghargaan tulisan ana, ana pun setiap hari berkunjung blog kak aida, InsyaAllah segala info yang terkandung di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya…****

    Like

  8. Leely berkata:

    Thank you for writing about Tanjung Manis Airport yg membolehkan aku dapat sikit maklumat mengenai cara pergi ke Tanjung Manis melalui flight.

    ****KAM : Em sama2…Terima kasih juga tuk U kerana sudi melayari laman Kalam Abu Musaddad…Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju….he he..****

    Like

  9. azkia berkata:

    slm wth wbh..laisa lana annajah illa bil jihad. laman berinformasi and islamic,teruskan dgn sgala daya kreativiti dlm menyebarkan sgala ilmu di dada

    Like

  10. azkia berkata:

    slm utk yg teristimewa…hebat hasil kalam bakal pemimpin keluarga, mohon ampun and maaf krn tidak berkesempatan m’coretkan sesuatu utk laman yg istimewa ini

    Like

  11. adinda berkata:

    slm utk yg teristimewa…hebat hasil kalam bakal pemimpin keluarga, mohon ampun and maaf krn tidak berkesempatan m’coretkan sesuatu utk laman yg istimewa ini

    ****KAM : Wslm adinda…Emm terima kasih di atas sokongan adinda selama ini….****

    Like

  12. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Assalamualaikum… maaf kalau ngasih tau caranya lewat sini…
    cara menghilangkan Snap Shot… masuk Desaign>extras> kemudian cek list Snap Shotnya dihilangkan…
    barulah disimpan…

    Like

  13. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Sebelumnya… terimakasih atas kunjungannya Pak… Wassalam..

    ****KAM : Alhamdulillah…Dah dapat dah…Terima kasih di atas infonya ya….****

    Like

  14. uchu yg jauh berkata:

    kpd sesiapa yg berkenaan yg terbaca kalam istimewa ini, ampun maaf atas segala ketaksempurnaan diri sehingga mengguris hati n menyebabkan keserabutan dalam diri..tlg sampaikan ye…syukran lak:-)

    Like

  15. rismaka berkata:

    Assalamualaikum..
    Salam kenal pak… Lagi blogwalking nyampe ke sini.
    Pa kabar indonesia?

    ****KAM : Wslm…Em salam kenal juga dari Malaysia. Tq kerana sudi mampir ke laman Kalam Abu Musaddad semoga anda manfaat daripadanya mas….****

    Like

  16. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Assalamualaikum…
    mampir ya Pak…
    bagaimana kabarnya..???

    ****KAM : Wslm Fi’…Em alhamdulillah sihat…Cumanya 2 3 hari ini busy siket ngan tugas….Tq kerana mampir mas…****

    Like

  17. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Assalamualaikum Pak…
    kalau saya boleh menyarankan…
    sebaiknya tema blog Pak Abu di ganti..
    jangan ini terus…
    pelanggan cepet bosen

    Like

  18. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    bagaimana pertimbangannya pak tentang perubahana temanya..???
    bosen nih…??

    ****KAM : Wslm…Emm sekarang ni busy sangat…bagus cadangan tu…Terima kasih di atas cadangan itu..InsyaAllah….****

    Like

  19. kkkk berkata:

    apakah nombor talian sms bagi mengetahui keputusan pmr 2008

    Like

  20. yusri berkata:

    Asalamualaikum..saya bakal posting ke Mukah.Tapi tidak pasti daerah mana,harap2 dapat ler di Tg Manis..heheh..hmm mcmana yer Mukah ni?..

    Like

  21. Hjh.Stone berkata:

    Kami warga guru sering diingatkan dengan…
    Membetulkan yang biasa
    dan membiasakan yang betul….manusia agak sukar berubah sekiranya berada di zon selesa…renung-renungkan lah…

    Like

  22. mohdmbh berkata:

    apa makna/erti musaddad

    ****KAM : Em ketegasan dan keberanian….itulah lebih kurang maknanya…****

    Like

  23. mohd zain bin yunos berkata:

    salam ustaz alwi….
    pekabo demo…
    hehhe
    igt kawe lgi ko…
    anyway..nak ucap selamat hari raya aidilfitri…maaf zahir n batin
    mcm mane life skrg?
    mun ade g miri singgahla rumah…

    Like

  24. isteri solehah berkata:

    Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik ahlaknya terhadap isterinya”.
    (H.R. Tarmizi)

    Like

  25. nanangrusmana berkata:

    assallamuallaikum…

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt……****

    Like

  26. visitpandaan berkata:

    Assalamualaikum…
    salam kenal kembali dari rekan di Pandaan – Pasuruan – Jawa Timur – Indonesia

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt….Em senang sekali di atas kunjungan tuan ke blog saya…terima kasih……****

    Like

  27. asepsaiba berkata:

    Ijinkan untuk turut mencpret-coret halaman ini.. 🙂

    Hanya sekedar ingin mengucap salam perkenalan, semoga jalinan silaturrahim kita dapat berlanjut terus… Amin..

    salam,

    Like

  28. syafeeza berkata:

    assalamualaikum…thniah krn tlh mengisi blog anda dgn info2 yg berguna dan menarik

    Like

  29. hardi berkata:

    lama tak tengok kawan2 lama

    Like

  30. ibn eaniry berkata:

    salam persahabatn buatnya sahabat yg loen hana lupa sama-sama berjuang di banda aceh.

    al-mukhlis zakaria hamzah

    Like

  31. Nazra berkata:

    Salam…pelajar-pelajar kita sedang demam peperiksaan. UPSR sedang berjalan, tidak lama lagi PMR pula. Saya ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah..merasakan pada saat ini pelajar perlu bersiap dari pelbagai sudut, mental dan fizikal.. Ada pelbagai tahap pelajar, saya lihat ada yang telah mula merasai akan demam peperiksaan, ada juga yang masih bersikap selamba saja. Pagi tadi, guru Bahasa Inggeris bersungguh-sungguh menerangkan cara menjawab untuk yang kesekian kalinya, ada pelajar yang bersungguh mendengar, ada yang macam dah berputus asa untuk cuba memahamkan ajaran guru..Ayuhlah pelajar-pelajar, teruskan usaha anda, yang penting usaha..InsyaAllah bantuan Allah akan ada…..YANG PENTING ..SOLAT JANGAN TINGGAL..Salam.

    Like

  32. Salam 1 Malaysia,
    Saya ingin berkongsi pengalaman mengubati kanser
    Usus, otak dan tulang.
    Dari beberapa testimony, doctor tidak dapat menjumpai
    Kesan Kanser selepas minum air mineral yang formulasikan
    Menggunakan teknologi iqpr. Jika ada pun, kanser semakin berkurangan
    Dan badan semakin sihat.
    Sememangnya kanser antara pembunuh utama di Malaysia dan dunia.
    Memandangkan seorang rakyat Malaysia telah menemui kaedah untuk
    Rawatan kanser, sy harap dapat kongsi penggunaan air ini dengan semua.
    Untuk makluman, ibu sy sedang mengidap kanser stage 4, dimana sedang merebak.
    Sy habis ikhtiar. Baru 2 minggu minum ibu sy semakin sihat.
    Kilang di Penang. Syarikat bekal d Kl.
    Air ini menggunakan air mineral dipasaran Malaysia, baru setahun. Tanpa dibuka kotak
    Yang mengandungi 24 air botol mineral, apatah lagi tutup botol tidak dibuka,
    Kotak dimasukkan dalam chamber untuk melalui proses iqpr.
    Formulasi tertentu untuk penyakit tertentu, bukan seperti ECPI atau lain2 air.
    Sedang masa berjalan, kanser pun semakin merebak. Sehinga kini tiada rawatan untuk kanser yang pelbagai.
    Ikhlas dari saya. Apa salah mencuba. Ramai insan lain yang menunggu. Bayangkan berapa nyawa boleh diselamatkan. Tiada
    Kesan sampingan sebab hanya minum air mineral sahaja.

    Engr. Asnol Adzhan Abd. Manap
    wev6516@yahoo.com
    0126199621

    Like

  33. Nur dayana Abd Nasir berkata:

    Salam alaykum dan Salam sejahtera kpd saudara, ahli keluarga dan sahabat2.

    Semoga Allah Swt melimpahi rahmat ke atas umatNya yang memberi manfaat di atas muka bumi ini. bersyukur saya ditemukan dilaman blog saudara yang banyak memberi ilmu dan mencelikkan mata hati saya yang kian layu. Semoga Allah swt Memanjang umur saudara dan sahabat kalian. Amin Amin Amin ya Rabb Al Amin.

    Insyaallah, bila ada Blink2 dikepala ,Saya akan kongsi sedikit idea dan info kpd SAudara. Insyaallah

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Waalaikummussalam wbt….terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan kami. saya juga berdoa agar sahabat semua sentiasa mendapat keberkatan, keredhaan Allah serta perlindungannya. satu hal yg perlu kita tahu…hidup didunia ini lebih manis sekiranya kita banyak memberi daripada menerima….mudah@an laman yang serba kekurangan ini dpt memberi manfaat kepada semua pengunjung. Insyaallah….

      Like

  34. syakira hazwani berkata:

    assalamualaikum wbt,,

    sekadar meninggalkan jejak,,

    satu perkongsian blog yang menarik, dan bermanfaat..

    ana mohon untuk letakkan link blog anta pada blog ana 🙂

    moga usaha diberkatiNya.
    jaga badan, iman & amal.

    syukran jazilla

    Like

  35. Asielah berkata:

    Assalamualaikum ustaz. Pertama kali ke sini. Sedang dalam dilema sebenarnya. Butuhkn penerangan tentang Nabi Isa. Wafat, atau tidak? Akan turun akhir zaman nnt utk selamatkn umat Islam dari fitnah dajjal, atau tidak? Saya ni tak sekolah agama dulu. Adoi, sekarang terasa sangat payah nye kehidupan bila tak ada asas yg kukuh. Tapi yang menyebabkn sy runsing teramat & tak tenang adalah bila kepercayaan sy terhadap Nabi Isa yg akan turun nnt di akhir zaman sebagai salah satu tanda besar kiamat, dan akan selamatkn umat Islam, dan akhirnya akan wafat, jadi goyah sbb ada yg mengatakan Nabi Isa telah wafat dan tidak akan turun akhir zaman nnt. Saya nak mntk tolong ustaz jelaskan sikit, boleh? Sedih sgt2, tak tau kenapa. Terima kasih bnyk2…

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Waalaikummussalam wbt…pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini…saya cuba menjawab pertanyaan saudari.

      Al-Qur’an menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot)

      dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa’ : 157)

      Nabi Isa as. diselamatkan oleh Allah SWT. dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu. Al Qur’an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini. “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (An Nisaa’:158)

      Nabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana Nabi Isa ditempatkan. Dari keterangan hadis Nabi Muhammad saw. diceritakan bahawa menjelang hari kiamat / akhir zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi. Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :
      “Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah;bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)

      “Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (HR Muslim & Ahmad)

      “Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu”. (HR Muslim & Ahmad)
      Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh imam mahdi.
      lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut :
      “Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

      Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi , setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.

      Turunnya Nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama ,baginda akan bekerjasama dengan Imam Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.

      Dikisahkan setelah Nabi Isa as. selesaikan menunaikan solat, ia berkata : “Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah, iaitu dajjal.” Lalu mereka pun keluar, kemudian Ia (Isa) dilihat oleh dajjal yang laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu ‘Isa dilihat oleh dajjal, dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di di air. Kemudian dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Isa membiarkan saja hal ini maka dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Isa berkata kepadanya :”Sesungguhnya aku berhak untuk menghajar kamu dengan satu pukulan.” Lalu Isa as. menombak dan membunuhnya, maka Isa as. memperlihatkan kepada semua orang darah dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sadarlah para pengikut dajjal dari kalangan Yahudi , bahwa dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan dajjal(dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi ‘Isa.

      Salah satu tugas besar beliau setelah membunuh dajjal adalah menyelamatkan ummat manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj. Dikisahkan, fitnah dan kejahatan mereka (Ya’juj dan Ma’juj) sangat besar dan menyeluruh , tiada seorang manusiapun yang dapat mengatasinya, jumlah mereka pun sangat banyak sehingga kaum Muslimin akan menyalakan api selama 7 tahun untuk berlindung dari penyerangan mereka, para pemanah dan perisai mereka. (seperti yang diterangkan dalam hadist yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Nawwas)

      Maka saat mereka telah keluar (dari diding tembaga yang mengurung mereka sejak zaman raja Zulkarnain) maka Allah SWT berkata kepada Isa ibn Maryam: ”Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba(Ya’juj dan Ma’juj)yang tidak mampu diperangi oleh siapapun, maka hendaklah kamu mengasingkan hamba-hambaKu ke Thur (Thursina) ”

      Dan di Thur terkepunglah Nabiyullah ‘Isa beserta para sahabatnya, sehingga harga sebuah kepala sapi lebih mahal dari 100 dinar kamu hari ini.Kemudian Nabiyullah ‘Isa dan para sahabatnya ,menginginkan itu, maka mereka tidak menemukan sejengkalpun dari tanah di bumi kecuali ia dipenuhi oleh bau anyir dan busuk mereka.Kemudian Nabi Isa dan sahabatnya meminta kelapangan kepada Allah SWT maka Allah mengutus seekor burung yang akan membawa mereka kemudian menurunkan mereka sesuai dengan kehendak Allah , kemudian Allah menurunkan air hujan yang tidak meninggalkan satu rumahpun dikota atau di kampung, maka Ia membasahi bumi sehingga menjadi seperti sumur yang penuh.” (HR. Ahmad,Muslim & Tirmidzi dari An Nawwas bin Sam’am)

      Dahsyatnya fitnah Ya’juj dan Ma’juj digambarkan dalam sebuah hadist Rasulullah saw. “Dinding Ya’juj dan Majjuj akan terbuka, maka mereka akan menyerang semua manusia, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat yang tinggi” (QS . Al Anbiyaa’ : 96). Maka mereka akan menyerang manusia, sedangkan kaum Muslim akan berlarian dari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng mereka, kemudian mereka mengambil binatang-binatang ternak bersama mereka. Sedangkan mereka (Ya’juj dan Ma’juj) meminum semua air di bumi, sehingga apabila sebahagian mereka melewati sebuah sungai maka merekapun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebagian yang lain dari mereka melewati sungai yang sudah kering tersebut, maka mereka berkata: “Dulu di sini pernah ada air”. Dan apabila tidak ada lagi manusia yang tersisa kecuali seorang saja di sebuah kota atau benteng, maka berkatalah salah seorang dari mereka: “Mereka-mereka penduduk bumi sudah kita habisi, maka yang tertinggal adalah penduduk langit”, kemudian salah seorang dari mereka melemparkan tombaknya ke langit, dan tombak tersebut kembali dengan berlumur darah yang menunjukkan suatu bala dan fitnah. Maka tatkala rnereka sedang asyik berbuat demikian, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus ulat ke pundak mereka seperti ulat belalang yang keluar dari kuduknya, maka pada pagi harinya mereka pun mati dan tidak terdengar satu nafaspun. Setelah itu kaum Muslim berkata: “Apakah ada seorang laki-laki yang mau menjual dirinya untuk kami berani mati) untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh musuh kita ini?” maka majulah salah seorang dari mereka dengan perasaan (menganggap) bahwa ia telah mati, kemudian dia menemui bahwa mereka semua telah mati dalam keadaan sebagian mereka di atas sebagian yang lain (berhimpitan), maka laki-laki tersebut menyeru: “Wahai semua kaum Muslim bergembiralah kamu sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri sudah membinasakan musuhmu”, maka mereka pun keluar dari kota-kota dan benteng-benteng dan melepaskan ternak-ternak mereka ke padang-padang rumput kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternak, maka semua susu ternak tersebut gemuk (penuh) seperti tunas pohon yang paling bagus yang tidak pernah dipotong.” (HR. Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hiban dan Hakim dari Abu Sa’id)

      Menurut suatu riwayat Nabi Isa ,setelah turun dari langit akan menetap di bumi sampai wafatnya selama 40 tahun. Ia akan memimpin dengan penuh keadilan , sebagaimana yang diceritakan dalam hadist berikut : “Demi yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)

      Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu a’lamu bishowab.

      Like

  36. abc berkata:

    assalamualaikum.
    datang menyinggah diblog ini..

    Like

  37. Ujang Aqil berkata:

    asalamu alaikum..salam kesejahteraan pak ustad..moga makin bartambah ilmu dan serta bemanpaat..trmksh..

    Like

  38. LiFatimah Azzahra berkata:

    Assalamualaikum ustaz . .
    Saya ada sukakan seorang lelaki ini . Dia sgt baik, ustaz . Dia sangat menjaga agamanya, hubungannya dengan rakan2 . . Saya tidak mahu fikir pasal cinta sebab sy masih belajar . Tp, saya mempunyai perasaan thadap dia . Saya asyik memikirkan dia sehingga seolah mengganggu pelajaran saya . Saya tak tahu apa yg harus saya lakukan . Adakah saya harus memendamkan perasaan saya? Harap ustaz dapat membantu saya .

    Like

  39. Tanpa Nama berkata:

    Assalamualaikum…minta izin untuk menggunakan ilmu2 d blog Tuan…

    Like

  40. Cik Noor Istifa berkata:

    Assalamulaikum w.b.t.
    Maaf n minta izin untuk menggunakan ilmu2 di ruangan blog Tuan.

    Like

  41. Kerana Kasih berkata:

    salam sejahtera ustaz..sye sgt berminat dengan kata2 yg telah ustaz coretkan dalam laman ni..semoga terus menulis dan menghayati bersama..:)

    Like

  42. zulaikha berkata:

    salam..ustaz bole ke saya crita msalah disini…

    Like

  43. ore jeli berkata:

    Assalamualaikum sahabat
    ambo raso raso bango kerana ada sain gini , teruskan perjuangan ini insaallah sahabat sentiasa membantu…

    Like

  44. Tanpa Nama berkata:

    salam,jika ada masa sudi-sudilah coretkan pengalaman dari sana buat tatapan orang di kota ni,selamat berjuang sebarlanlah kebenaran tanpa jemu…

    Like

  45. Tanpa Nama berkata:

    Salam ukwah….Salam kenalan.

    Lelaman yang baik, padat dengan unsur2 ilmiah.
    Mohon kebenaran untuk dikongsi dengan rakan2 yang lain.

    Terima kasih.

    Like

  46. zamri berkata:

    izinkan saya menggunakan madah dn kata pujangga untuk fb saya…t.kasih…

    Like

  47. haq berkata:

    السلام عليكم
    Bagaimana sy nk ketengahkan semula bahasa jawi..maksud saya dalam bentuk penulisan.
    سموگا مندافة فرهاتيأن داري توان
    تريما كاسيه

    Like

  48. Che Yie berkata:

    Assalamualaikum wahai sahabat. Moga sejahtera hendak-nya disamping keluarga dan dapat menunaikan amanah dengan sebaik-nya.

    Apa yang kita lihat, kita pandang, kita rasa pada hari ini , ramai dikalangan kita menghina, mencerca, menjatuhkan maruah seseorang , wajarkah kita melakukan sedemikian walaupun jelas dia melakukan kesalahan mungkin kesilapan ataupun mungkin memang “dia” tidak pernah pun didakwah oleh orang ilmuan agama

    Like

Tinggalkan komen