Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

17 September 2008

Bismillahirrahmanirahim…

Salam semua pembaca Kalam Abu Musaddad, sedar tak sedar kita sudah pun berada dipertengahan bulan ramadhan. Hari ini tanggal 17 Ramadhan 1429H bersamaan 17 September 2008 adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa nuzul al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Baca baki entri ini »


Penilaian Baru Untuk Murid Sekolah Rendah 2015

17 September 2008

KUALA LUMPUR: Mulai 2015, prestasi murid sekolah rendah tidak akan lagi dinilai sepenuhnya berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana peperiksaan itu hanya mewakili 30 peratus daripada markah keseluruhan murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata perubahan itu selaras dengan pelaksanaan sistem penilaian baru murid sekolah rendah yang akan diperkenalkan pada 2010.

Menerusi penilaian baru menggunakan sistem pengumpulan mata seperti di institusi pengajian tinggi (IPT) itu, markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam akan dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian murid sepanjang tempoh itu.

Baca baki entri ini »


Saintis Rakam Planet Baru

17 September 2008

Foto dipetik : Kosmo!

LONDON – Sekumpulan saintis percaya mereka berjaya merakam gambar pertama sebuah planet yang mengelilingi bintang mirip matahari, lapor sebuah akhbar semalam.

Planet itu sangat jauh dan mempunyai jisim lapan kali ganda lebih berat daripada Planet Musytari dan berada sangat jauh daripada bintangnya iaitu 330 kali jarak Bumi ke matahari.

Sebelum ini, hanya sejumlah planet yang berada di luar sistem suria dirakam bersama bintang kecil dan ia dikenali sebagai si kerdil kelabu.

Imej-imej yang dikenali sebagai bintang muda tersebut dirakam oleh para pengkaji astronomi di Universiti Toronto dengan menggunakan teleskop Gemini North di Mauna Kea, Hawaii.

Baca baki entri ini »