Saintis Rakam Planet Baru

Foto dipetik : Kosmo!

LONDON – Sekumpulan saintis percaya mereka berjaya merakam gambar pertama sebuah planet yang mengelilingi bintang mirip matahari, lapor sebuah akhbar semalam.

Planet itu sangat jauh dan mempunyai jisim lapan kali ganda lebih berat daripada Planet Musytari dan berada sangat jauh daripada bintangnya iaitu 330 kali jarak Bumi ke matahari.

Sebelum ini, hanya sejumlah planet yang berada di luar sistem suria dirakam bersama bintang kecil dan ia dikenali sebagai si kerdil kelabu.

Imej-imej yang dikenali sebagai bintang muda tersebut dirakam oleh para pengkaji astronomi di Universiti Toronto dengan menggunakan teleskop Gemini North di Mauna Kea, Hawaii.

Laporan berita National Geographic menyatakan mereka tidak pasti sama ada bintang itu merupakan sebuah planet atau ia adalah sebuah objek yang menyerupai planet.

Dalam satu kertas kerja yang diserahkan kepada Astrophysical Journal Letters, saintis-saintis tersebut, David Lafreniere, Ray Jayawardhana dan Marten H. Van Kerkwijk berkata:

“Jika ia bersatu secara graviti, itu bermakna ia mungkin imej berjisim rendah dan kewujudannya dengan perbezaan yang besar boleh memberi cabaran yang besar terhadap teori kewujudan planet,” kata saintis berkenaan. – Agensi

Sumber Berita : Kosmo! Online

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 September 2008, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. adakah ia benar planet baru?

  2. bolehkah saya nak berkongsi tentang kejadian ini.satu hari nanti saya juga ingin menjadi seorang saintis

    KAM : Emm…InsyaAllah semoga cita2 ilman tercapai suatu hari nanti….

  3. suatu hari nnti sye pasti dpt jadi siantis…
    insyaallah…

    ****KAM : Semoga cita-cita anis menjadi kenyataan suatu hari nanti….****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: