Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010

13 Julai 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Baca baki entri ini »