Amalan Menjelang Peperiksaan

10 September 2017

Memandangkan ada pelajar yang bertanya dikotak komentar tentang “apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar apabila menjelang hari peperiksaan?”

Saya masih ingat lagi ketika belajar dahulu, apabila menjelangnya hari peperiksaan penting, pelbagai tips yang diberikan oleh guru-guru untuk diamalkan agar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang  dan sentiasa dalam keadaan bersedia.

Makanya di sini saya kongsikan sedikit pengalaman yang menjadi amalan saya semasa bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Di mana anda boleh membaca dan mengambil tips ini sebagai panduan dan amalan. Tidak kiralah sama ada anda seorang calon UPSR, PT3, SPM, dan STPM.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Jangan Membunuh Semangat Anak Anda

9 September 2017

MINGGU depan, isnin 11 September 2017 semua murid tahun enam seluruh negara akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan ini adalah langkah pertama mereka untuk melangkah ke peringkat menengah setelah enam tahun berada di sekolah rendah.

Mungkin semua calon disaat ini telahpun bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjawab semua soalan nanti. Namun apabila semakin dekat dengan hari peperiksaan, ibu bapalah antara insan yang merasa resah-gelisah dan berdebar apabila memikirkan hal anaknya yang bakal menduduki peperiksaan nanti.

Maka timbullah pelbagai persoalan dibenak, adakah anak aku sudah benar-benar bersedia? Adakah anak aku dapat menjawab semua soalan-soalan yang ditanya nanti? Adakah anak aku akan lulus dengan cemerlang.

Baca baki entri ini »


Ucapan dan Pesanan Kepada Calon SPM 2011

15 November 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana di beri peluang dan masa oleh Allah SWT hari ini untuk saya mencoretkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama tanpa sepatah bicara.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung setia laman ini kerana tidak jemu-jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit informasi yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah.

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin mengucapkan “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2011” kepada semua pelajar seluruh negara dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.

Baca baki entri ini »