Naikkan Umur Persaraan 60 Tahun

15 September 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  1. Semalam Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

  2. Kata Omar lagi, sehingga kini Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

  3. Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan. Baca baki entri ini »