Ramadhan : Selamat Berpuasa

25 Jun 2014

marhaban_yaa_ramadhan_by_adipatijulian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Apa khabar semua…Moga-moga sahabat semua sihat walafiat selalu.

Alhamdulillah marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan ramadhan sekali lagi pada tahun ini.

Beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan ramadhan yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H

17 November 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walilahi al-Hamd

Sempena Aidil Adha kali ini marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur dan ketaqwaan kepada Sang Pengcipta (Allah) dengan sebenar-benar taqwa. Mudah-mudahan kita menjadi hamaba Allah yang taat kepada perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA.

Kepada Muslimin dan Muslimah, terutamanya ahli keluarga dan sanak saudara yang berada di Kelantan mahupun di Penang, semua warga pendidik khususnya di SK Tanjung Manis, sahabat handai, kawan-kawan dan para pengunjung laman Kalam Abu Musaddad (ibnismail.wordpress.com), saya sekeluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA…MAAF ZAHIR DAN BATIN”. Taqabballah Minna Wa Minkum.

Baca baki entri ini »


Ramadhan Pergi, Syawal Menjelma… Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

7 September 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak terasa, sekarang kita sudahpun berada dipenghujung ramadhan. Beberapa hari lagi kita akan bakal meraikan kedatangan syawal pula.

Apabila 1 syawal menjelma, seluruh umat Islam di dunia ini akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, perayaan ini juga dipanggil Hari raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran.

1 syawal dirai bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taqwa. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Baca baki entri ini »


Tarbiyah Ramadhan dan Cermin Diri

24 Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah walaupun masa cemburu untuk saya terus menatapi laptop usang ini, namun kesempatan yang diberikan oleh Allah pada ketika ini saya gunakannya sebaik mungkin untuk berbicara bersama anda. Mudah-mudahan bicara kita diberkati dan bermanfaat untuk diri saya, diri anda dan kita semua. Insyaallah!

Ramadhan setiap tahun datang dan pergi. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Malah mereka sangat bergembira apabila datangnya bulan mulia ini. Manakala bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah kedatangannya sangat merisaukan. Mereka risau kerana tidak boleh makan dan minum lagi pada siang hari dan sebagainya.

Justeru itu, tanyalah pada diri kita. Adakah kita tergolong di dalam golongan mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini? Atau sebaliknya. Masing-masing ada jawapannya tersendiri. Biarlah jawapan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana sesungguhnya Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati sanubari kita. Hanya diri kita dan Allah!!!

Baca baki entri ini »


Ramadhan 1431H : Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa

12 Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Salam ramadhan buat semua pengunjung setia Kalam Abu Musaddad semoga ibadah puasa hari ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala oleh Allah SWT hendaknya.

Kepada kekawan dan sahabat-sahabat yang masih tercari-cari jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun 2010 / 1431, di sini saya kongsikan bersama anda.

Untuk muat turun jadual tersebut, anda boleh klik di sini.

Baca baki entri ini »


Ramadhan Hadir Lagi…Selamat Berpuasa!

11 Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah : ayat 183)

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan yang semestinya ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam.

Baca baki entri ini »


Amalan 10 Terakhir Ramadhan

21 September 2008

Bismillahirrahmanirahi…

Salam ramadhan buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, semoga anda semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan ramadhan ini.

Ahhh…Begitu cepat ramadhan berlalu, kini kita telah berada di 10 terakhir ramadhan, sepertimana kita ketahui di 10 terakhir ramadhan Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan Baginda juga tidak lupa mengejutkan semua ahli keluarganya untuk bersama beribadah dengannya.

Setelah melalui ibadah puasa selama 20 hari ini, pernahkah kita bertanya kepada diri, apakah selama 20 hari berpuasa, kita benar-benar menjadi hamba Allah yang bertaqwa atau sebaliknya ?

Baca baki entri ini »