Arkib Blog

Tahniah Awie!!! Dilantik Sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali semoga semuanya sihat sejahtera hari ini. Terima kasih kerana sentiasa melayari laman blog ini.

Pagi tadi sambil minum kopi bersama rakan, saya terbaca satu artikel berita harian tentang perlantikan seorang penyanyi rock tanah air sebagai duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

Siapa tidak kenal dengan Awie!!!

Awie adalah seorang penyanyi rock kumpulan wings yang telah dilantik oleh Yang Dipertua PSIP Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor. Perlantikan beliau dikatakan boleh menarik lebih ramai golongan remaja untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih positif dan keperibadian mulia.

Perlantikan Awie sebagai duta tersebut dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.

Masa zaman remaja dulu, saya juga salah seorang peminat kumpulan rock gergasi wings. Lagu-lagu yang dihasilkan oleh kumpulan ini semuanya best-best. Sampai sekarang saya masih lagi menyimpan album-album kumpulan ini. Pak Ustaz pun minat rock jugak…Hahahahahaha… Read the rest of this entry

Takziah Buat Keluarga Allahyarham M. Rajoli

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. Pelakon dan pelawak terkenal anak kelahiran Pasir Mas Kelantan Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain atau lebih dikenali sebagai M. Rajoli telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 semalam akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

2. Dikatakan beliau menderita akibat mengidap penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma sejak 2008 dan menurut sumber juga beliau lumpuh hampir seluruh tubuh.

3. Beliau adalah antara pelakon dan pelawak veteran yang saya kagumi. Lakonannya bersahaja membuatkan ramai yang tidak kering gusi melihat telatah dan gelagat lakonan beliau.

Read the rest of this entry