Arkib Blog

Harimau Malaya Vs Liverpool Petang Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kekalahan pasukan negara Harimau Malaya kepada kelab gergasi Arsenal 4-0 rabu lalu telah menguji setakat mana tahap permainan pasukan negara. Permainan yang hambar dan tidak konsisten membuatkan pihak lawan mudah mengegarkan gawang pasukan negara. Itulah antara kritikan peminat bola sepak tempatan.

Manakala pada petang ini, bakal berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya vs Liverpool.

Sebut saja nama Harimau, sudah meremang bulu roma saya. Mesti ganas dan digeruni semua orang. Jangan gah pada nama sahaja. Gah juga di atas padang. Itulah harapan peminat bola sepak tempatan.

Read the rest of this entry

Si Paul Spain, Si Mani Belanda…Yang Mana Benar?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Piala dunia kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan sebelumnya. Apatah lagi dengan kehadiran si sotong peramal tepat bernama Paul di Jerman.

Setiap kali pasukan Jerman bertanding, maka si sotong ini akan meramalkan sama ada pasukan itu menang atau kalah. Hasil ramalan sotong itu setakat ini semuanya benar. Terbaru ketika perlawanan semi final yang berlangsung baru-baru ini, Paul meramalkan pasukan Jerman akan kalah kepada pasukan Spain. Sekali lagi ramalan Paul tepat. Pasukan Jerman kalah kepada pasukan Spain 0 -1.

Maka seantero dunia bercakap pasal Paul. Ada yang memuji-muji kecekapan sotong itu dalam membuat ramalan. Manakala ada juga yang marah kerana gara-gara si sotong yang tidak tahu apa-apa itulah menyebabkan pasukan mereka kalah.

Read the rest of this entry

Ronaldo! Ronaldo! Ronaldo! Kepala Botak!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ketika menonton pertemuan antara Portugal dan Brazil pada malam kemalrin di Iftitah Cafe bersama kawan-kawan, terkejut juga apabila melihat ramai sekali pengunjung pada malam ini. Penuh satu kedai. Sehinggakan tak cukup kerusi. Saya datang agak lewat sedikit pada malam itu, terpaksalah berdiri bersama beberapa orang pengunjung lain sekejap sementara tunggu tuan punya kedai dapatkan kerusi.

“Biasanya tak la ramai macam malam ni, mungkin mereka ini peminat-peminat pasukan Brazil.” Sangka saya.

Apabila salah seorang pengunjung bangun dan memberikan kerusinya kepada saya, lalu saya duduk bersama kawan-kawan lain yang sudah 20 minit menonton perlawanan tersebut dengan selesa sambil menikmati teh ali cafe, ekstra joss bersama parkway dan biji kuaci.

Read the rest of this entry

Semangat Bola dan Tarbiyah Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali setelah beberapa hari kalam ini sepi tanpa bicara buatmu teman. Saya adalah manusia biasa. Kekadang masa tidak mengizinkan saya untuk terus mengadap laptop usang ini setiap hari. Saya mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tunggu bicaraku setiap hari. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kalamku sebagai teman bicaramu. Alhamdulillah.

Hari minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk pergi menonton perlawanan akhir bola sepak remaja bawah 12 tahun yang berlandsung di Padang Kampung Jerijeh, lebih kurang 25km dari Tanjung Manis. Walaupun pada ketika itu badan tidak begitu sihat, saya gagahkan diri untuk pergi ke sana kerana pada hari itu pasukan Tanjung Manis FC (TMFC) bawah 12 tahun yang terdiri daripada pelajar SK Tanjung Manis akan bertanding pada perlawanan akhir tersebut. Pasukan Tanjung Manis FC VS Pasukan Belawai FC. Hebat juga pelajar saya ni….Dapat masuk “final”. Bisik saya dalam hati. Semua sedia maklum di mana Pasukan Belawai FC adalah sebuah pasukan terkuat sekitar Zon Tanjung Manis ini. Dapatkah Pasukan Tanjung Manis FC menewaskannya? Inilah persoalan yang bermain dibenak fikiranku.

Read the rest of this entry

Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan dihalalkan??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan “nilai”. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor ekor, sabung ayam dan pertaruhan bola sepak.

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Read the rest of this entry