MALAM

11 April 2011

malam
hadirmu memberi ketenangan
merehatkan sekujur tubuh kepenatan
menanti untuk hari esok

malam
gelapmu diterangi cahaya sang bintang dan bulan
sepimu ditemani sang cengkerik
mendamaikan dikala sendirian

malam
aku terlena dibuai mimpi indah
asyik dan nikmatnya kesejukan dingin
namun
lupakah aku
waktu inilah sepatutnya ku bangkit
bangkit untuk mencari redha ILAHI
bukannya terus hanyut bersama selimut nafsu

Baca baki entri ini »

Advertisements

Soalan Exam Pertengahan Penggal 1 2011 Siap!

2 Mac 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah puji dan syukur kehadratMu ILAHI dengan kekuatan dan semangat yang ENGKAU berikan kepadaku akhirnya soalan exam pertengahan penggal 1 tahun 3 dan 4 2011 telah siap sepenuhnya.

Lega rasanya bila dah beres semua. Kepala pun rasa kurang berdenyut sedikit. Kah..kah..kah…

Minggu depan 08 Mac 2011 semua pelajar SK Tanjong Manis akan menghadapi exam pertengahan penggal 1. Di harap semuanya sudah bersedia untuk menghadapi exam tersebut.

Lepas exam nanti sekolah pula bercuti selama seminggu. Ada kawan sudah menempah tiket untuk balik kampung. Tapi saya dan family tetap still di sini. Ingat nak bawa depo pi makan angin tu pun kalau ada baget lah….kah…kah..kah…

Baca baki entri ini »


Ulangtahun ke-3 2011/1432

1 Mac 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali semoga ceria-ceria semuanya.

Alhamdulillah pada 13 Feb 2011 lalu genaplah 3 tahun blog ini beroperasi.

Syukur Alhamdulillah tidak terhingga kehadratMU Ya Allah kerana masih memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menulis walaupun masa sentiasa mengintai saya.

Di blog inilah tempat saya meluahkan sesuatu dan berkongsi cerita bersama teman-teman di luar sana agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Baca baki entri ini »


Mat Rempit Bertaubat

18 Februari 2011

“bro…aku kesian kat kau…tak payahlah nak merempit lagi…itu perbuatan sia-sia jer…” nasihat karim kepada ahmad.

“ehhh!!!! kau saper nak nasihatkan aku…mak bapak aku pun tak pernah menasihati aku tau…..” jawab ahmad sambil mengambil helmet yang terletak di atas kerusi.

“aku tahu, aku ni cuma kawan kau saja…takde kena mengena dengan kau pun. Tapi sabagai seorang kawan, aku cuma mengingatkan kau saja…kau nak dengar atau tidak, itu terpulang pada diri kaulah….aku taknak kau menyesal dikemudian hari nanti…..”ujar karim.

“adoiiiii kawan aku sorang ni…cakap macam profesor pulak…eh! sebelum kau nasihati aku, kau cermin dulu diri kau tu siapa…kau pun dulu pernah merempit jugakkan….????” kata ahmad dengan nada perli.

Baca baki entri ini »


Setahun Dirimu Pergi

8 Februari 2011

setahun dirimu pergi
menemui sang penciptamu
pemergianmu takkan kembali lagi
meninggalkan diriku selamanya

saat dirimu pergi
aku tiada di sisimu
lautan luas memisahkan kita
lewat seminit untuk aku menatap wajahmu kali terakhir

Baca baki entri ini »


Gerek Oh Gerek

7 Februari 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apabila ada orang sebut “gerek” pasti saya ketawa seorang diri. Kalau kat semenanjung terutama sebelah utara “gerek” bermaksud basikal. Tetapi kalau sebelah sini (sarawak) “gerek” bermaksud awek atau makwe.

Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama saya menjejak kaki bumi sarawak ini, ada seorang hamba Allah bertanya kepada saya.

“Ustaz ada gerek tak?”

“Em ada kat kampung…” jawab saya ringkas.

“Cantik tak gerek ustaz?” tanya hamba Allah itu lagi.

“Entahlah dah lama tak tengok…Mungkin dah buruk kot…lama dah tak guna gerek tu…saya guna masa sekolah dulu jer…”

Baca baki entri ini »


Tidak Berakhir Di sini…

6 Februari 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Maafkan saya kerana membiarkan blog ini lama bersawang tanpa bicara.

Sejak dua mejak ni…masa tak mengizinkan saya menatap lama-lama laptop ini kerana banyak perkara yang perlu dibereskan. Tambahan pula jadual kerja tahun ini sangat padat. Waktu pagi mengajar macam biasa. Manakala sebelah petang pula, mengajar mengaji al-quran (tasmik) dan ko-kurikulum. Jam 5 petang baru selesai. Itulah rutin setiap hari kecuali hari jumaat.

Kemudian kalau ada masa terluang sedikit, saya dan kawan-kawan mengisi masa itu dengan aktiviti memancing. Buat senaman minda. Bila tengok air sungai mengalir boleh tenang siket kepala otak ni. Selain itu, bolehlah save duit belanja beli ikan kat pasar. Kah…kah…kah…

Bukan dah tak ada idea untuk menulis, bukan juga sengaja mengabaikan blog ini….tidak sama sekali wahai sahabatku!!! Selagi saya mampu, selagi itulah saya menulis diblog ini. Tak kiralah cerita apa pun. Saya akan tetap menulis khas untuk anda.

Baca baki entri ini »