Jangan Membunuh Semangat Anak Anda

9 September 2017

MINGGU depan, isnin 11 September 2017 semua murid tahun enam seluruh negara akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan ini adalah langkah pertama mereka untuk melangkah ke peringkat menengah setelah enam tahun berada di sekolah rendah.

Mungkin semua calon disaat ini telahpun bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjawab semua soalan nanti. Namun apabila semakin dekat dengan hari peperiksaan, ibu bapalah antara insan yang merasa resah-gelisah dan berdebar apabila memikirkan hal anaknya yang bakal menduduki peperiksaan nanti.

Maka timbullah pelbagai persoalan dibenak, adakah anak aku sudah benar-benar bersedia? Adakah anak aku dapat menjawab semua soalan-soalan yang ditanya nanti? Adakah anak aku akan lulus dengan cemerlang.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Makan Anak

8 September 2017

Teganya dikau, menghisap dan menjilat darahmu sendiri hingga membuncit. Di manakah dikau campakkan tanggungjawab dan amanah sebagai pelindung kepada dirinya.

Malah, demi memuaskan nafsu binatang yang galak beraja dalam dirimu, sanggupnya dikau menjadi PEMUSNAH hidupnya.

Kini hidupnya seperti malam-hitam. Menjadi mimpi ngeri yang sentiasa mengganggu tidurnya sepanjang hayat. Kerana dikau tempat bergantung harap, dikau jugalah yang menghancurkan harapan dan harinya untuk berbapakan dirimu.

 

*Jika tulisan ini bermanfaat, sila share untuk perkongsian ilmu. Terima kasih.


Aku Kembali

5 Oktober 2016

Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat Kalam Abu Musaddad. Alhamdulillah hari ini syukur pada Allah aku akan kembali lagi untuk mengaktif kembali blog yang telah lama terbengkalai ini. In Sya Aliah.

Sejak FB bermaharajalela, aku banyak menulis di sana. Kalau anda semua ingin melawat laman FB aku…Yaa silakan. Cari jer “Abu Musaddad”.

Oklah tak boleh panjang-panjang dan lama-lama, aku nak sambung kerja dulu. Semoga kita jumpa lagi.


Bicara Hati

10 April 2015

images

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh……

Salam sejahtera buat semua penghuni bumi Allah yang indah ini dengan harapan dan doa semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat wafiat dan bahagia di bawah payungan rahmat Allah SWT selalu hendaknya.

Alhamdulillah puji dan syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini saya diizinkan dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mencoretkan sepatah dua kata untuk pengunjung blog ini setelah sekian lama kalam ini tidak berbicara.

Saya sedaya upaya untuk mengaktifkan kembali blog ini setelah lama menyepi. Namun walaupun tiada posting-posting yang terbaru dan terkini, namun blog ini terus dikunjungi oleh pengunjung setia yang saya sangat hargai dan hormati.

Baca baki entri ini »


Abang Dollah Tak Lena Tidur

13 November 2014

Gambar: Ihsan mymetro

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Kekalahan skuad Harimau Malaya 3-0 kepada syria dalam aksi persahabatan malam tadi mengundang keresahan pelbagai pihak terutamanya penyokong setia skuad bimbingan Dollah Salleh itu. Apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi kempen piala AFF suzuki akan bermula.

Aksi hambar yang dipamerkan pasukan negara dalam perlawanan persahabatan itu memberi signal bahawa anak didik Dollah Salleh itu belum bersedia untuk menghadapi cabaran piala AFF Suzuki yang bakal bermula dalam tempoh 10 hari lagi.

Baca baki entri ini »


Ramadhan : Selamat Berpuasa

25 Jun 2014

marhaban_yaa_ramadhan_by_adipatijulian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Apa khabar semua…Moga-moga sahabat semua sihat walafiat selalu.

Alhamdulillah marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan ramadhan sekali lagi pada tahun ini.

Beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan ramadhan yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman.

Baca baki entri ini »


Apa Khabar

26 April 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Alhamdulillah Allah telah kembalikan kita bersua walaupun di alam maya ini semoga semua sahabat saya sihat walafiah hendaknya.

Sudah lama blog ini tidak aktif dan diupdate…Saya mohon jutaan kemaafan kepada sahabat semua.

Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat yang sentiasa melayari dan menyokong blog ini walaupun sudah bertahun tak di updatekan. Anda memang spotting….I like….kikikiki….

Baca baki entri ini »