Category Archives: BICARA SUKAN

Abang Dollah Tak Lena Tidur

Gambar: Ihsan mymetro

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Kekalahan skuad Harimau Malaya 3-0 kepada syria dalam aksi persahabatan malam tadi mengundang keresahan pelbagai pihak terutamanya penyokong setia skuad bimbingan Dollah Salleh itu. Apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi kempen piala AFF suzuki akan bermula.

Aksi hambar yang dipamerkan pasukan negara dalam perlawanan persahabatan itu memberi signal bahawa anak didik Dollah Salleh itu belum bersedia untuk menghadapi cabaran piala AFF Suzuki yang bakal bermula dalam tempoh 10 hari lagi.

Read the rest of this entry

Harimau Malaya Vs Liverpool Petang Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kekalahan pasukan negara Harimau Malaya kepada kelab gergasi Arsenal 4-0 rabu lalu telah menguji setakat mana tahap permainan pasukan negara. Permainan yang hambar dan tidak konsisten membuatkan pihak lawan mudah mengegarkan gawang pasukan negara. Itulah antara kritikan peminat bola sepak tempatan.

Manakala pada petang ini, bakal berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya vs Liverpool.

Sebut saja nama Harimau, sudah meremang bulu roma saya. Mesti ganas dan digeruni semua orang. Jangan gah pada nama sahaja. Gah juga di atas padang. Itulah harapan peminat bola sepak tempatan.

Read the rest of this entry

Cipta Sejarah : Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kesebelasan pemain pasukan kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.

Saingan dan debaran dalam kempen Piala Malaysia musim ini sudah berakhir. Kejuaraan pada musim ini berpihak kepada pasukan kelantan atau dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2 – 1.

Pada separuh masa pertama pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Kelantan 1 -0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke – 13.

Read the rest of this entry

Ronaldo! Ronaldo! Ronaldo! Kepala Botak!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ketika menonton pertemuan antara Portugal dan Brazil pada malam kemalrin di Iftitah Cafe bersama kawan-kawan, terkejut juga apabila melihat ramai sekali pengunjung pada malam ini. Penuh satu kedai. Sehinggakan tak cukup kerusi. Saya datang agak lewat sedikit pada malam itu, terpaksalah berdiri bersama beberapa orang pengunjung lain sekejap sementara tunggu tuan punya kedai dapatkan kerusi.

“Biasanya tak la ramai macam malam ni, mungkin mereka ini peminat-peminat pasukan Brazil.” Sangka saya.

Apabila salah seorang pengunjung bangun dan memberikan kerusinya kepada saya, lalu saya duduk bersama kawan-kawan lain yang sudah 20 minit menonton perlawanan tersebut dengan selesa sambil menikmati teh ali cafe, ekstra joss bersama parkway dan biji kuaci.

Read the rest of this entry

Achik “Paling Comel” Meninggal Dunia dan Kekalahan Chelsea Buka Saingan Baru Memburu Juara Liga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dua kisah yang ingin KAM paparkan pada hari ini iaitu kisah seorang artis popular Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai “Achik”. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan ‘SPIN” telah meninggal dunia petang semalam dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin.

Allahyarham dikatakan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar dan meletup. Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Read the rest of this entry

Antara Chelsea, MU, Negeri Sembilan, Kedah dan Tg. Manis C-FU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, sambil kita santai-santai di hari minggu, KAM nak bercerita pasal bola. KAM yakin pasti ramai peminat-peminat bola sepak tempatan mahu pun luar negara yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan sengit antara MU Vs Chelsea semalam melalui saluran astro ESPN 812. Begitu juga dengan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan Vs Selangor dan Kedah Vs Terengganu yang disiarkan melalui saluran ARENA 801 dan TV1.

Tahniah Tg. Manis C-FU

Sebelum itu, KAM ingin mengucapkan Tahniah kepada Team Tg. Manis C-FU di atas kejayaan menjuarai pertandingan futsal sempana Hari Tanjung Manis 2010 yang berlangsung baru-baru ini.

Read the rest of this entry

Champions League : Chelsea Tersingkir, Inter Milan Memang Hebat!!

Kelab Itali, Inter Milan melakukan kejutan di Stamford Bridge apabila menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Samuel Eto’o menjadi wira Inter dengan menghasilkan gol menerusi larian dan tendangan leret menggegarkan jaring Chelsea pada minit ke-78.

Nyata anak buah Jose Mourinho lebih mendominasi perlawanan di tempat lawan dan bekas pengendali Chelsea itu nyata berjaya mencatur strategi lebih menyengat.

Read the rest of this entry

CASTER SEMENYA : Juara dunia 800 Meter disahkan khunsa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

samenyaKHUNSA. Hari ini akbar Kosmo melaporkan, hasil ujian yang dilakukan terhadap juara dunia acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia merupakan seorang khunsa, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Satu sumber yang mengetahui keputusan ujian itu berkata, Semenya memiliki organ seks lelaki dan wanita tanpa mempunyai rahim atau ovari.

Atlet wanita itu menjadi kebanggaan Afrika Selatan selepas dia memenangi pingat emas acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini dengan catatan masa 1 minit 55.45 saat iaitu yang terpantas pada tahun ini.

Read the rest of this entry

TAHNIAH!! Red Giants

PIALA FA MILIK SELANGOR

SELANGOR sekali lagi muncul sebagai juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

piala-fa-selangor

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan sebenar. Ini merupakan kali kelima Selangor merangkul kejuaraan Piala FA sejak mula dipertandingkan pada 1990.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 4-1.

Read the rest of this entry

Final Piala FA : KELANTAN Vs SELANGOR

PASUKAN MANAKAH PILIHAN ANDA ?


Assalamualaikum wbt…

MENARIK untuk diperkatakan pada pagi ini ialah tentang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil antara pasukan Kelantan dan Selangor pada malam ini. Di mana pasukan Kelantan buat pertama kalinya beraksi dalam perlawanan akhir piala tersebut setelah menunggu selama 39 tahun. Kejayaan memasuki perlawanan akhir ini sudah pastinya memberi 1001 makna bagi pemain-pemain pasukan Kelantan dan juga para peminat pasukan tersebut.

Ana percaya dan yakin bahawa kedua-dua pasukan tersebut telah pun membuat persiapan sama ada dari segi mental dan fizikal untuk beraksi pada malam ini. Pelbagai perancangan dan starategi telah diatur oleh jurulatih dan pengurus pasukan masing-masing untuk meraih kejuaraan pada malam ini.

Apa yang menarik di sini adalah kedua-dua pasukan telah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan oleh kedua-dua pengurusan pasukan tersebut. Bagi pasukan Kelantan, mereka bakal menerima ganjaran berupa lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini. Manakala kerajaan Selangor juga telah menjanjikan insentif kepada Pasukan mereka sekiranya berjaya menjulang piala FA tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain. Amat lumayan sekali bagi kedua-dua pasukan.

Read the rest of this entry

Sekitar Kejohanan Olahraga SK. Tanjong Manis 2009

HARI ini tanggal 05 Mac 2009, SK. Tanjong Manis telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun dsci05332009. Alhamdulillah, walaupun kejohanan ini diadakan secara sederhana tetapi kemeriahan amat terasa dengan kehadiran para ibu bapa dan penduduk sekitar Bandar Baru Tanjong Manis. Kemeriahan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara para ibu bapa dan guru SK. Tanjong Manis.

Kejohanan olahraga ini dimulai dengan acara balapan iaitu 100m lelaki A/B, 80m lelaki C, 100m perempuan A/B dan 80m perempuan C. Kemudian acara balapan ini dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada upacara perasmian kejohanan.

Sebelum upacara perasmian bermula, dimulai dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen yang mengambil bahagian yang terdiri daripada kontigen dari rumah Venus (BIRU), kemudian kontigen rumah Neptune (HIJAU), diikuti oleh kontigen rumah Jupiter (KUNING) dan kontigen yang terakhir sekali ialah kontigen rumah Mars (MERAH).

Read the rest of this entry

Benarkah Chelsea ‘tiada’ Pemain Istimewa ?

chelsea-wallpapers-chelseafc-wallpapers-5

BENARKAH pasukan Chelsea tiada pemain yang istimewa sepertimana yang diperkatakan oleh bekas pengurusnya iaitu Scolari. Ataupan pengurusnya yang kurang menyengat ? Ekoran pasukan itu agak merundung prestasinya dalam persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dakwa Scolari lagi, di Chelsea, kami tidak ada pemain yang boleh membuat perbezaan sesama mereka dan melakukan ‘keajaiban’ ketika di padang.

“Robinho mungkin pemain seperti itu. Dia tidak takut membawa bola dan mengelecek dan seorang pemain yang akan mengambil risiko ,” katanya membezakan pemainnya dengan penyerang Brazil milik Manchester City itu.

Read the rest of this entry

Tahniah dan Selamat Berjuang kepada Lee Chong Wei…

Foto Dipetik : Kosmo! Online

Setinggi TAHNIAH kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei, di atas KEJAYAAN melayakkan diri ke peringkat akhir badminton perseorangan di sukan Olimpik Beijing.

Hari ini adalah hari penentuan bagi Lei Chong Wei dan Lin Dan. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar saudara dapat menciptakan KEJAYAAN dan merangkul pingat emas pertama negara di sukan olimpik..

Read the rest of this entry

Sekitar Kejohanan Olahraga SR Zon Tg Manis 2008

Bismillahirrahmanirahim…

Pada minggu lepas, tanggal 01 dan 02 Ogos 2008, SK Tg Manis telah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Zon Tg Manis 2008. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah SK Abang Galau Rajang, SK Abang Buyuk Jerijeh, SK Abang Gesa Belawai, SK Bayang Belawai, SK Stalon Belawai, SK Orang Kaya Muda Pakeri Paloh dan SK Sebako Daro.

Di sini terdapat beberapa foto menarik sekitar pada hari kejohanan yang sempat penulis rakam sebagai tatapan pengunjung Kalam Abu Musaddad semua…

Read the rest of this entry

Adakah Kerana Faktor Padang, Chelsea Hanya Mampu Belasah Malaysia 2-0 ??

Teka-teki sudah terjawab, debaran sudah pun reda apabila berakhirnya perlawanan persahabatan antara Malaysia Vs Chelsea di mana Chelsea hanya mampu membelasah pasukan negara 2-0 sahaja.

Di luar dugaan dan jangkauan apabila melihat persembahan pasukan negara beraksi semalam. Syabas dan tahniah kepada semua pemain negara kerana menunjukkan persembahan yang terbaik setakat ini walaupun bolos 2 gol.

Read the rest of this entry

Cakap-cakap Bola – Tiada Siaran Langsung Malaysia Vs Chelsea

Dukacita dimaklumkan bahawa tiada siaran langsung membabitkan perlawanan persahabatan Malaysia Vs Chelsea malam ini.

Bukan sahaja stesen televisyen kerajaan (RTM) dan swasta (TV3 dan rangkaian Media Prima) bahkan stesen berbayar Astro juga tiada siaran langsung perlawanan berkenaan.

Read the rest of this entry

Cakap-cakap Bola – Malaysia Vs Chelsea…

Pasukan bola sepak terkemuka Liga Perdana England, Chelsea sudah pun tiba di sini malam kemarin dalam Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia Selasa ini.

Chelsea yang muncul naib juara Liga Perdana England musim lalu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam Selasa.

Antara pemain utama pasukan Chelsea yang menyertai Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 ialah penyerang kelahiran Jerman Michael Ballack, penjaga gol Peter Cech, pemain pertahanan Ashley Cole, penyerang Joe Cole serta dua pemain yang baru menyertai kelab itu, Deco dan Branislav Ivanovic.

Read the rest of this entry