Category Archives: ARTIKEL

Mencari Keberkatan Dalam Bersahur

Bismillahirrahmanirrahim…

Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :

Read the rest of this entry

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pembaca budiman berkaitan dengan adab-adab ketika berbuka puasa menurut sunnah. Di mana Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

1. Membaca doa

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)
– Hadis riwayat Abu Dawud

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”
– Hadis riwayat Ibn Majah

Read the rest of this entry

Lailatul Qadar dan Masa Ketibaannya

Bismillahirrahmanirrahim…

Buat pembaca Kalam Abu Musaddad yang budiman, di dalam bulan ramadhan ini ada satu malam yang sangat mulia di sisi Allah SWT iaitu malam lailatul qadar.

Malam yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran, yang mana kita kaum muslimin dan muslimah diperintahkan supaya bersungguh-sungguh mencarinya kerana pahala beribadah padanya berlipat kali ganda.

Malam tersebut hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Kedatangannya membawa tuah yang sangat besar kepada mereka yang mahukan kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dan ianya dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja.

Lailatul qadar adalah satu malam yang teristimewa di mana barangsiapa beribadah pada malam itu, maka dikurniakan pahalanya lebih daripada beribadah selama 1000 bulan atau 83 tahun yang tidak ada lailatul qadar padanya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Qadar ayat : 1-5 yang bermaksud :

Read the rest of this entry

Puasa dan Kelebihan Solat terawih

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Read the rest of this entry

Banyakan Solat Hajat dan Berdoa…

Bismillahirrahmanirrahim…

Kalam ini khas buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini khususnya kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara bermula pada 9 hingga 11 September ini.

Menurut laporan KPM, seramai 518,616 calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Daripada jumlah itu, 98.6 peratus ialah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,249 lagi adalah calon swasta.

Sehubungan dengan itu, di harap semua calon sudah pun membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana peperiksaan ini adalah langkah pertama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah untuk terus melangkah ke peringkat menengah.

Read the rest of this entry

Yakjuj dan Makjuj – Berita Gempar dari NASA

Bismillahirrahmanirrahim…

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

Read the rest of this entry

Kemeriahan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam Ramadhan kepada semua pembaca Kalam Abu Musaddad, ana harap semuanya sihat walafiat di samping menjalani ibadat puasa yang difardukan bagi setiap orang mukmin.

Ramadhan kini kembali, setelah setahun kita menunggu kedatangannya. Di mana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan di dalamnya. Pada bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang ini untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa.

Foto dipetik : Berita Harian

Setelah dua hari kita menjalani ibadat puasa, kemeriahannya sudah dapat dirasakan di mana Rumah-rumah Allah (masjid atau surau) seluruh dunia dipenuhi dengan hamba-hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa untuk mencari keredhaan Allah serta ingin mendekatkan diri kepada Yang Berkuasa.

Read the rest of this entry

Sambutlah Kemerdekaan & Ramadhan Dengan Rasa Syukur Serta Insaf

Bismillahirrahmanirrahim….

Sebelum kalam ini bicara sesuatu buat semua, terlebih dahulu ana ingin mengucapkan “SALAM KEMERDEKAAN KE – 51 DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGA RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA PENGUNJUNG KALAM ABU MUSADDAD YANG DIHORMATI” tidak kira di mana anda berada dan siapa anda. Sesiapa saja yang berkunjung ke laman Kalam Abu Musaddad ini, anda adalah sahabat ana.

Pernah kalam ini bicara dahulu, walaupun kita tidak pernah bersua dan bertemu, tetapi melalui kalam / tulisan-tulisan diblog ini seolah-olah ana sedang berkomunikasi dengan anda semua.

Esok tanggal 31 Ogos semua rakyat Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke – 51, kalam ini ingin mengingatkan kepada semua teman-teman dan rakan-rakan yang lain khususnya kepada belia remaja yang menjadi tonggak dan harapan negara supaya janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT seperti minum minuman keras, melakukan seks bebas, merempit dan sebagainya.

Read the rest of this entry

Bajet 2009 : Pembelaan Nasib Rakyat…

Bismilahirrahmanirahim…

Pembelaan rakyat – itu yang paling banyak diperkatakan oleh kebanyakan pakar ekonomi ketika diminta mengulas mengenai harapan mereka terhadap Bajet 2009.

Ia mencerminkan isi hati rakyat keseluruhannya supaya Bajet 2009 bukan saja tidak membebankan rakyat, malah menekankan kepada pemulihan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kestabilan politik negara dan perhubungan antarabangsa.

Setiap golongan masyarakat mengharapkan mereka akan diberikan perhatian sepenuhnya dalam Bajet 2009 dan paling penting membantu meringankan beban kos tinggi ditanggung sekarang akibat kenaikan harga barang.

Paling penting, Bajet 2009 diharap memberi tumpuan ke atas harga barang hingga menyebabkan kuasa beli pengguna terjejas.

Hakikatnya, kenaikan harga barang bukan saja dihadapi rakyat, malah syarikat korporat tidak terkecuali hingga menyebabkan kos pengeluaran atau operasi mereka bertambah.

Read the rest of this entry

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Malayu

Bismillahirrahmanirahim…

Buat pengunjung Kalam Abu Musaddad, di sini ana paparkan video untuk perkongsian bersama mengenai pengisytiharan KEMERDEKAAN Tanah Melayu oleh bapa kemerdekaan kita iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.

Peristiwa Di Malam Bersejarah

Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Read the rest of this entry

Kita Bertanya…Allah SWT Mejawab…

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung Kalam Abu Musaddad…Mudah-mudahan hari ini adalah hari terbaik dan paling bahagia untuk anda. Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada-NYA di atas apa yang diberikan dan dinikmati pada hari ini.

Namun sebagai hamba Allah SWT…Manusia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT sama ada suka atau sebaliknya, sebagai insan yang beriman hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kadang-kadang banyak persoalan yang timbul dalam diri kita tentang apa yang kita alami dalam kehidupan seharian. Misalnya kita bertanya “kenapa aku diuji ?”… Maka pertanyaan itu dijawab oleh Allah SWT :

Read the rest of this entry

Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Ulama’

Bismillahirrahmanirrahim…

Berjabat tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.

Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.

Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

Read the rest of this entry

Adakah Solat Itu Mudah Untuk Dikerjakan?

Bismillahirrahmanirrahim…

Solat dalam Islam tidak membebankan keupayaan semulajadi manusia. Malah merupakan satu amalan yang digemari. Selain dari ibadah menyembah Tuhan, solat juga mempunyai rahsia-rahsia yang tersembunyi untuk kesihatan seorang individu itu.

Solat dalam Islam merupkan mahkota orang-orang muslim, solat adalah ikatan yang terkuat antara hamba dengan Tuhannya. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam akan mendamaikan hati dan ketenangan akan tercapai dengan solat yang khusyuk.

Oleh itu, tidak perlu dipertikaikan lagi mengapa solat itu diwajibkan dalam Islam. Dengan mengerjakan solat setiap muslim itu akan dapat mendekatkan dirinya pada Tuhan, bermohon dan bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada hamba-hambanya.

Solat boleh memberi beberapa manfaat kepada orang yang mengerjakannya. Antaranya ialah :

Read the rest of this entry

Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan ?

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam ukhwah buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Hari ini kalam ini ingin berkongsi dengan pengunjung sekalian berkaitan dengan bunga raya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…

Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain. Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.

Read the rest of this entry

Adab-adab persahabatan Menurut Islam : Bertimbang Rasa dan Faham Memahami

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung Kalam Abu Musaddad… Ini adalah sambungan daripada topik adab-adab persahabatan menurut Islam yang telah dibincangkan sebelum ini…

Sepertimana kita ketahui sifat bertimbang rasa dan saling faham memahami memang tidak dinafikan sebagai sifat yang baik, dalam Islam memang dituntut sifat-sifat terpuji ini. Sebagai seorang muslim, sifat-sifat ini sememangnya dituntut untuk ditunaikan.

Bertimbang rasa terhadap ibu bapa, umpamanya jangan meminta sesuatu yang tidak termampu diadakan oleh orang tua kita. Bertimbang rasa terhadap orang-orang tua, jika anda terjumpa orang tua membawa beban berat tolonglah mereka membawanya. Jika anda di dalam bas, anda dapati seorang tua berdiri tidak mendapat tempat duduk, anda bolehlah memberinya tempat duduk. Anda sebagai seorang remaja atau dewasa tentu masih kuat, anda bolehlah berdiri kerana memberi peluang kepada orang tua itu duduk.

Read the rest of this entry

Lakukan Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Kini musim cuti sekolah telah bermula. Pada kebiasaannya murid-muridlah orang yang paling gembira apabila sekolah bercuti kerana mereka tidak perlu datang ke sekolah malah dapat berehat dan menjalankan aktiviti lain di rumah.

Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka melancong atau pergi berkelah (makan angin) sebagai memenuhi aktiviti musim cuti.

Read the rest of this entry

Adab-adab Persahabatan Menurut Islam : Kejujuran dan Keikhlasan

Bismillahirrahmanirrahim…

Ini adalah sambungan daripada artikel yang bertarikh 04 Ogos 2008 iaitu Adab-adab Persahabatan Menurut Islam : Harga menghargai.

Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.

Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.

Read the rest of this entry