Bicara Hati

images

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh……

Salam sejahtera buat semua penghuni bumi Allah yang indah ini dengan harapan dan doa semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat wafiat dan bahagia di bawah payungan rahmat Allah SWT selalu hendaknya.

Alhamdulillah puji dan syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini saya diizinkan dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mencoretkan sepatah dua kata untuk pengunjung blog ini setelah sekian lama kalam ini tidak berbicara.

Saya sedaya upaya untuk mengaktifkan kembali blog ini setelah lama menyepi. Namun walaupun tiada posting-posting yang terbaru dan terkini, namun blog ini terus dikunjungi oleh pengunjung setia yang saya sangat hargai dan hormati.

Harapan saya sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini agar berpuas hati dengan persembahannya. Mudah-mudahan apa yang baik anda ambilnya sebagai perkongsian ilmu yang bermanfaat. Manakala jikalau ada posting yang kurang baik dan tidak menyenangkan hati anda, nasihat saya agar anda buang ia jauh-jauh dan anggaplah ia sebagai debu yang berterbangan apabila ditiup angin.

Pengunjung yang saya hormati….

Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa penulisan di blog ini hanyalah untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dengan anda semua tidak kira siapa diri anda. Saya tidak sehebat penulis-penulis lain. Saya adalah saya. Mungkin hari ini anda adalah tetamu yang pertama kali berkunjung di sini. Maka saya ucapkan selamat datang dengan tulus ikhlas semoga kita dapat menjadi sahabat walaupun di alam maya. Persahabatan dan ikatan silatulrahim adalah sangat dianjurkan di dalam Islam. Maka kita semarakkannya dengan hati yang tulus ikhlas agar dapat melahirkan rasa cinta dan kasih sayang sesama insan berlandaskan kasih sayang dan cintanya kita kepada Allah SWT yang Maha Agung dan Yang Maha Pemurah.

Saya dapati juga ramai dikalangan pelajar-pelajar diluar sana yang selalu mengunjungi blog ini. Jadikan penulisan dalam blog ini sebagai sumber inspirasi dan motivasi buat diri anda. Saya sangat hargai kunjungan anda selama ini dan saya sangat berterima kasih kerana sudi melontarkan komentar-komentar yang bernas untuk kebaikan bersama. Jikalau ada pertanyaan-pertanyaan yang tidak terjawab oleh saya, saya mohon kemaafan jika mengecewakan anda.

Pengunjung yang saya sayangi….

Hari esok adalah milik Allah. Bukan milik kita. Jika Allah mengizinkan kita bersama lagi…Ins Sya Allah bicara saya tidak akan terhenti setakat ini. Kalam ini akan terus berbicara selagi mampu. Andai kata ini bicara terakhir dari saya, saya memohon kemaafan daripada semua sahabat yang pernah mengenali saya secara langsung ataupun tidak langsung di atas kelakuan dan bicara saya selama kita bersahabat sama ada di alam nyata ataupun di alam maya. Semoga Allah SWT meredhai persahabatan kita di dunia dan juga di akhirat.

Sebagai hamba Allah yang taat…kita hendaklah akui bahawa semua yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman daripada Allah termasuhlah diri kita sendiri. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput kita untuk pulang kepada-NYA. Mudah-mudahan kepulangan kita kepada-NYA dengan membawa bekalan yang secukupnya untuk memiliki syurga Allah di akhirat kelak. Kerana syurga Allah sangat mahal harganya.

Akhir kalam..sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua terhadap blog ini. Dengan harapan dan setulus doa semoga pengunjung blog ini sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah tidak kira di mana anda berada dan siapa diri anda. Kita semua adalah sahabat…Sahabat tetap sahabat…….

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 10 April 2015, in Tentang Aku, Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: