Abang Dollah Tak Lena Tidur

Gambar: Ihsan mymetro

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Kekalahan skuad Harimau Malaya 3-0 kepada syria dalam aksi persahabatan malam tadi mengundang keresahan pelbagai pihak terutamanya penyokong setia skuad bimbingan Dollah Salleh itu. Apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi kempen piala AFF suzuki akan bermula.

Aksi hambar yang dipamerkan pasukan negara dalam perlawanan persahabatan itu memberi signal bahawa anak didik Dollah Salleh itu belum bersedia untuk menghadapi cabaran piala AFF Suzuki yang bakal bermula dalam tempoh 10 hari lagi.

Saya bukanlah pengulas dan pengkritik sukan, malah apa yang saya amati ketika perlawanan persahabatan itu berlangsung adalah terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Harimau Malaya rebah kepada pasukan bawah 23 syaria. Antaranya ialah :

  • Hilang punca
  • Benteng pertahan leka
  • Bahagian tengah dan jentera serangan tidak berfungsi dengan baik
  • Tidak ada keserasian antara pemain
  • Kawalan bola tidak kemas dan banyak melakukan kesilapan

Itulah antara punca mengikut pengamatan saya mengapa skuad abang Dollah tewas kepada pasukan syaria malam tadi. Apapun kita doakan yang terbaik untuk skuad bola sepak negara bagi menghadapi saingan piala AFF Suzuki 2014 tidak lama lagi.

Saya yakin jurulatih Dollah Salleh tidak lena tidur memikirkan resipi terbaik untuk membimbing skuad bola sepak negara untuk menghadapi cabaran selepas ini.

Kami selaku penyokong Harimau Malaya sentiasa mendoakan yang terbaik semoga maruah bola sepak negara kembali bersinar.

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 November 2014, in BICARA SUKAN and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: