Semoga Berjaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana masih di beri kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini.

Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat walafiat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang.

Hari ini adalah hari terakhir bagi pelajar-pelajar tahun 6 menduduki UPSR bagi sesi 2012. Di harap semuanya berjalan lancar dan dapat menjawab semua soalan dengan tenang. Ameen.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan akan menjadi milik kita. Allah SWT akan menolong hamba-hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Ya Allah…
Sesungguhnya tiada sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikanya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Permudahkanlah segala urusan peperiksaan yang kami hadapi. Mudah-mudahan Engkau kurniakan kecemerlangan kepada kami di dunia dan di akhirat.

Ya Allah…
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya. Justeru itu Engkau kurniakanlah kepada kami kefahaman yang mendalam, ilmu pengetahuan, hikmah dan fikiran dengan rahmat-Mu.

Ya Allah…
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan seluruh umat Islam. Lengkapkanlah budi pekerti kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. Kepada-Mu kami bertawakan dan berserah diri. Ameen.

Akhir kalam “SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA”.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddadtidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjong Manis, Sarawak
26 Syawal 1433/13 September 2011
ibnismail.wordpress.com

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 September 2012, in Ucapan, UMUM and tagged , , , . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. i think this essay is s0 brilliant and excellent!!
    hahah…..
    #huda#

  2. salam perkenalan utk penulis.. mun dpt mtk e-mel fb ktk.. kmk mok add… saja nak berkenalan … jazzakallah

  3. keyakinan dan buktikan kepada mereka yg kite boleh .. insyaallah ..🙂

  4. insyaallah ..🙂 buktikan bahawa kite boleh untuk mendapat 5A dalam UPSR dengan belajar bersungguh-sungguh ..

  5. afrina even's

    awesome !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: