Ramadhan 2 : Bersyukurlah Kepada Tuhanmu!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.

Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan, dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Para pembaca yang budiman sekalian,

Alhamdulillah…Hari ini kita masih lagi dapat mengecapi dan menikmati pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Antaranya ialah nikmat Islam, Iman, Akidah yang benar, kelapangan waktu, kesihatan tubuh badan, ketenangan jiwa, kebahagian rumah tangga, ilmu dan sebagainya.

Sebagai hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT, maka wajiblah kita mensyukuri segala pemberian Allah itu. Persoalannya, bagaimana cara kita bersyukur kepada Allah SWT?

Insyaallah…Hari ini, di bulan yang barakah dan mulia ini, kalam ini ingin berbicara dan berkongsi secara ringkas dengan para pembaca yang saya kasihi sekalian cara bersyukur kepada Allah SWT. Bersyukur kepada Allah SWT, kita boleh lakukan dengan beberapa cara antaranya ialah;

  • Dengan perbuatan seperti solat lima waktu, berpuasa, bersedekah dan sebagainya.
  • Dengan pertuturan iaitu perbanyakkan menyebut Alhamdulillah, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa kepada Allah.
  • Dengan perasaan (hati) iaitu sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah SWT, sentiasa mengingati Allah dan ikhlas dalam semua perkara yang kita lakukan.

Pembaca yang saya kasihi,

Sekiranya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur, insyaallah Allah SWT akan menambah rezeki kita, mendapat keberkatan hidup, dapat menikmati kemanisan iman dan dijauhkan daripada kesusahan. Insyaallah!!!

Justeru itu, saya mengajak diri saya sekeluarga dan para pembaca kalam ini, marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan rezeki yang kita dapat sama ada banyak atau sedikit. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa dan beriman kepada Allah SWT. Ameen.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddadtidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat. 

Tanjung Manis, Sarawak
Khamis 07 Ramadhan 1433/26 Julai 2012
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 26 Julai 2012, in Bicara Agama and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. assalamualaikum Pak Abu, wah lama saya tak kunjung ke sini, sehat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: