Ramadhan 1: Ahlan Wa Sahlan Tetamu Agung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kita masih diberi kesempatan oleh-NYA untuk melaksanakan tugas harian kita sebagai hamba kepada-NYA dan khalifah di muka bumi ini.

Hari ini Allah SWT menganugerahkan kita kesihatan, kekuatan, di murahkan rezeki dan dibri pelbagai nikmat supaya kita menjadi hamba-hamba-NYA yang taat dan bertaqwa.

Beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan iaitu bulan yang banyak keistimewaan, di mana pada bulan ramadhan turunnya kitab suci al-Quran, bulan yang banyak mengandungi kelebihan, keberkatan dan bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia.

Sebab itulah bulan ramadhan merupakan kekasih kepada setiap mukmin sejati yang sentiasa menunggu-nunggu ketibaan dan kedatangannya setiap tahun.

Ramadhan juga merupakan tetamu agung yang datang berkunjung hanya sekali setahun yang wajib dan wajar di sambut dengan penuh kegembiraan, hormat dan ta’zim serta memberi layanan yang baik.

Rasulullah SAW telah bersabda:”Telah datang bulan ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. Telah datang bulan puasa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam yang taat hendaklah bermanis muka dengan kedatangan bulan ramadhan. Bukannya bermasam muka.

Marilah sama-sama kita merebut peluang yang di beri oleh Allah SWT pada tahun ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan memperbaiki diri. Mudah-mudahan kedatangan ramadhan pada tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua. Akhir kalam, saya sekeluarga mengucapkan “SELAMAT DATANG RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA..Ameen.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM 

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddadtidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak
27 Sya’ban 1433/17 Julai 2012
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Julai 2012, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: