Keputusan UPSR 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ini keputusan UPSR akan keluar. Semua pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dengan keputusan 5A.

Teruskan usaha anda semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.

Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, diharap bersabar dan teruskan usaha anda pada masa akan datang. Mudah-mudahan anda juga mampu berjaya sepertimana orang lain berjaya.

Jangan kecewa.

Sebenarnya ini adalah langkah pertama anda. Banyak lagi cabaran-cabaran yang bakal anda hadapi selepas ini apabila anda melangkah kaki ke tingkatan 1 nanti. Jadikan kegagalan hari ini sebagai pedoman dan pengajaran untuk berjaya pada masa akan datang. Anda perlu perbaiki segala kelemahan dan ubah sikap anda bermula dari sekarang sekiranya anda ingin berjaya sepertimana kawan-kawan yang lain.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung manis, Sarawak

20 Zul Hijjah 1432 / 17 November 2011
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 November 2011, in PENDIDIKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. 13 Komen.

  1. Tip yg tuan bagi saya sangat berguna bagi saya,saya sangat gembira.bye bye…………….

  2. waalaikumsallam pak, bagaimana kabarnya? sehat?

    UPSR itu apa? mohon dijelaskan, saya tidak mengerti

    • Alhamdulillah sihat…em UPSR itu ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah……harap ngerti…hahahahah

      • Assalamualaikum, ustaz. terima kasih saya ucapkan.tahun ni adalah hari peperiksaan PMR bagi saya n kawan-kawan saya. tips yang diberi amat berguna tapi saya ni kadang-kadang saya susah nak lakukan, saya boleh dikira pemalaslah jugak.he3.. saya harap ustaz akan mendoakan kejayaan bagi saya agar saya dapat melihat senyuman dari ummi, abah, guru n rakan saya, assalamualaikum…

  3. ustaz tq 😀

  4. tak lama lagi keputusan upsr dah nak keluar,takutttttttttttnyyyyyyyyyyyeeeeeeee..sama2 berdoa je la

  5. insyaallah boleh .. 🙂

  6. afrina even's

    tip2 ini awesome untuk saya .. tq .. 🙂

  7. assalamualaikum ustaz… saya nak tanya ustaz,,ustaz boleh tolong bagikan tips nak jawab soalan UPSR kat saya…sebab berapa hari lagi nak UPSR ni sebab tu saya rasa susah hati

  8. assalammualaikum ustaz.nulan november ni saya menghadapi peperiksaan akhir tahun.jadi saya menjemput lima orang kawan saya untuk belajar secara berkumpulan.lagipun saya dah buat jadual belajar.mama saya yang suruh buat jadual belajar.mama saya kata aktiviti itu sangat berfaedah.masa mama saya kecil pun dia buat macam ni.itu saja pesan saya ustaz.assalammualaikum!

  9. lagi satu ustaz.saya ada soalan untuk ustaz.pada bulan ogos,cikgu amira ada bagi kertas soalan.soalan itu tanya pasal masa dan waktu.soalan dia ialah Qayim mengambil masa 12 jam dan 48 minit untuk membaiki sebuah radio.Dia mengambil masa 1 jam 45 mimit sahaja untukmembaiki sebuah telifon bimbit.berapakah jumlah masa Qayim membaiki kedua2 barang tersebut? kadang2 saya keliru dalam metematik ustaz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: