Kursus KSSR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sudah berminggu-minggu saya tidak mengemaskini blog.

Sekarang saya masih lagi berkursus. Kursus KSSR Pendidikan Islam Thn 2 di sekolah rendah campuran daro.

Hari ini adalah hari ke-3 saya dan rakan-rakan berkursus. Masih berbaki 2 hari lagi untuk menamatkannya. Hari jumaat ini baru selesai.

Teringat anak dan isteri di rumah. Saya terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan tanggungjawab.

Maafkan Abi kerana terpaksa meninggalkan kalian di sana. Insyaallah hari jumaat ini Abi balik. Abi tahu, mesti Afaf dan Ummi rindukan Abi.

Emm berkursus di bulan ramadhan banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi setiap peserta.

Mengantuk.

Boring.

Kadang-kadang penceramah berceramah dihadapan, saya terlena dibelakang. Hahahaha…Tabiat yang sukar nak ubah sejak zaman sekolah lagi.

Kalau zaman sekolah dulu, cikgu selalu tegur dan sindir sebab saya sering tertidur bila cikgu mengajar. Pernah sekali, cikgu terpaksa menepuk meja sekuat-kuatnya untuk kejutkan saya. Lucu sekali bila teringat kenangan zaman hingusan dulu….

Apapun saya cuba kuatkan semangat untuk menamatkan peperangan ini yang berbaki 2 hari lagi. Mudah-mudahan berkat bulan yang mulia ini kami peserta kursus di beri kekuatan oleh Allah SWT.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Daro, Sarawak
17 Ogos 2011/17 Ramadhan 1432
ibnismail.wordpress.com

 

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Ogos 2011, in Tentang Aku and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. mintak tolong komenkan blog yang baru saya buat untuk tugasan multimedia dan teknologi. bagaimana saya nak buat supaya blog ini lebih cantik dan sangat interaktif kepada pembaca. bantuan anda semua sangat diperlukan…

    terima kasih

    http://salamahmadin.wordpress.com

  2. hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: