Bulan Tanpa Syaitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada kata-kata indah yang layak diucapkan selain ucapan syukur ke atas segala nikmat yang di berikan oleh Allah SWT ke atas diri kita dikala ini.

Dengan izin Allah SWT juga sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dan berkesempatan menyambut satu bulan yang di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu bulan ramadhan al-mubarak.

Apabila tibanya bulan ramadhan, seluruh umat Islam akan menjalani kewajipan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Pada bulan ramadhan juga, jin dan syaitan diikat dan dibelenggu. Manakala Allah menutup pintu-pintu neraka dan membuka seluas-luasnya pintu syurga. Masyaallah inilah di antara keistimewaan bulan ramadhan. Hal ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu surga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang benci kepada kebaikan, bermalaslah!!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Tirmizi)

Sedar tak sedar sudah empat hari kita berpuasa. Justeru itu, di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan  “Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa” kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan para pengunjung laman blog ini mudah-mudahan ibadah puasa kita bisa diterima oleh Allah SWT dan ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya.

Wallau a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak.
04 Ogos 2011/04 Ramadhan 1432
ibnismail.wordpress.com

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 Ogos 2011, in Bicara Agama and tagged , , , . Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. fatin nur alya ramli

    ‘wahai orang2 yang beriman, janganlah kau berbuat dosa. jika kamu berbuat dosa kamu akan terima balasan di akhirat nanti maka terseksalah’

  2. afrina even's

    fatin: insyaallah mereka yg berbuat dosa akan insaf ..🙂

  3. nurul ain rahim

    nurul ain

  4. nurul ain rahim

    kawan kawan yang membuka cara cara mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya berharap kawan kawan kat sana terus dan terus mencuba jangan mengalah dan sentiasa mendoakan kerjaya ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: