1 Syawal Dirai, Selamat Hari Raya Aidilfitri

28 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berbaki dua hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan pada 1 syawal seluruh umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa.

1 syawal dirai bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taqwa. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN” terutama kepada seluruh ahli keluarga di kampung, seluruh warga pendidik  SK Tanjung Manis,  kepada semua kawan-kawan dan sobat-sobat tidak kira di mana anda berada sama ada di Malaysia, Indonesia dan lain-lain tempat dengan harapan semoga kedatangan syawal pada tahun ini merapatkan lagi hubungan tali silaturrahim antara kita serta memberi seribu makna di dalam kehidupan kita sebagai hamba di muka bumi ini.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Rebutlah Bonus Allah

18 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap kakitangan awam akan mendapat imbuhan atau bonus sebagai persiapan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tersenyum lebarlah semuanya di atas pengumuman itu.

Maka apabila tibanya 15 haribulan seperti yang dijanjikan, berpusu-pusulah kita beratur panjang berjela-jela setiap mesin ATM untuk mengambil bonus tersebut.

Kita sanggup beratur berjam-jam di mesin ATM untuk mengambil imbuhan atau bonus yang tidak kekal dan sementara itu.

Baca baki entri ini »


Kursus KSSR

17 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sudah berminggu-minggu saya tidak mengemaskini blog.

Sekarang saya masih lagi berkursus. Kursus KSSR Pendidikan Islam Thn 2 di sekolah rendah campuran daro.

Hari ini adalah hari ke-3 saya dan rakan-rakan berkursus. Masih berbaki 2 hari lagi untuk menamatkannya. Hari jumaat ini baru selesai.

Teringat anak dan isteri di rumah. Saya terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan tanggungjawab.

Baca baki entri ini »


Bulan Tanpa Syaitan

4 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada kata-kata indah yang layak diucapkan selain ucapan syukur ke atas segala nikmat yang di berikan oleh Allah SWT ke atas diri kita dikala ini.

Dengan izin Allah SWT juga sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dan berkesempatan menyambut satu bulan yang di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu bulan ramadhan al-mubarak.

Apabila tibanya bulan ramadhan, seluruh umat Islam akan menjalani kewajipan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Baca baki entri ini »