Tahniah Awie!!! Dilantik Sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali semoga semuanya sihat sejahtera hari ini. Terima kasih kerana sentiasa melayari laman blog ini.

Pagi tadi sambil minum kopi bersama rakan, saya terbaca satu artikel berita harian tentang perlantikan seorang penyanyi rock tanah air sebagai duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

Siapa tidak kenal dengan Awie!!!

Awie adalah seorang penyanyi rock kumpulan wings yang telah dilantik oleh Yang Dipertua PSIP Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor. Perlantikan beliau dikatakan boleh menarik lebih ramai golongan remaja untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih positif dan keperibadian mulia.

Perlantikan Awie sebagai duta tersebut dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.

Masa zaman remaja dulu, saya juga salah seorang peminat kumpulan rock gergasi wings. Lagu-lagu yang dihasilkan oleh kumpulan ini semuanya best-best. Sampai sekarang saya masih lagi menyimpan album-album kumpulan ini. Pak Ustaz pun minat rock jugak…Hahahahahaha…

Huhhhhh…mesti Awie terkejut dengan perlantikan itu. Kenapa dia yang dipilih? bukan orang lain… Kenapa bukan ustaz, ahli akademik atau pakar motivasi?

Itulah satu penghormatan yang besar kepada golongan artis. Mudah-mudahan segala usaha yang dirancang berjalan dengan lancar.

TAHNIAH AWIE!!!!

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak
18 Julai 2011 / 16 Sya’ban 1432
ibnismail.wordpress.com


About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Julai 2011, in Artis and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. TAHNIAH AWIE, ANDA ADA AURA

  2. Atas kapasiti apa saudara Awie dilantik mnenjadi duta PSIP, hanya pengurusan PSIP sahaja yang tahu, mungkin kerana ilmu, mungkin kerana amalanya, mungkin kerena akhlaknya…wallau alam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: