Tahniah! Raikan Kejayaanmu

Gambar : Ihsan dari Cikgu Erol

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tahniah! Raikan kejayaanmu…

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Zon Tanjong Manis 2011 yang diadakan di SK Orang Kaya Pakeri Paloh pada 07 Julai hingga 10 Julai 2011.

Alhamdulillah pada majlis kali ini, SK tanjong Manis melakar kejayaan cemerlang setelah dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan tilawah al-quran (lelaki) dan nasyid. Manakala bagi ketagori bercerita kisah-kisah al-quran (perempuan) pula, sekolah ini mendapat tempat ke-3. Selain itu, bagi ketagori hafazan dan pertandingan azan pula, SK Tanjong Manis mendapat tempat ke-4.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada semua jurulatih-jurulatih dan guru pengiring yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi mengapai bintang kejayaan yang bersinar dan bermakna buat diri dan sekolah.

Kesungguhan dan usaha yang jitu ditunjukkan oleh para peserta merupakan faktor utama kejayaan ini. Selain itu, disiplin diri juga amat penting untuk membentuk sahsiah diri para peserta.

Manakala kerjasama semua pihak terutamanya pihak ibu bapa dan  sekolah juga merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan yang dikecapi hari ini. Kekalkan hubungan ini agar kejayaan demi kejayaan anak-anak bakal kita kecapi bersama.

Akhir kalam raikanlah kejayaanmu itu sepuasnya tetapi jangan lupa langit tidak selalu cerah. Dalam cerah ada gemuruh. Dalam gemuruh ada hujan. Dalam hujan ada senyuman atau kekecewaan.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak
12 Julai 2011 / 10 Sha’ban 1432
ibnismail.wordpress.com

 

 

 

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 Julai 2011, in PENDIDIKAN, SK TANJUNG MANIS, Ucapan and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: