Saya Lupa Nak Siapkan Kerja Rumah

“Kenapa kerja rumah tak siap ni…” Tanya cikgu Syikin kepada Adli.

“Maafkan saya cikgu, saya lupa nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam..” Jawab Adli sambil menundukkan kepalanya.

Cikgu Syikin mula naik angin apabila mendengar alasan yang diberikan oleh Adli tidak munasabah dan tidak wajar sebagai seorang pelajar.

“Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah mempunyai sifat tanggungjawab dan menepati janji. Apabila mana-mana cikgu yang menyuruh kamu menyiapkan kerja rumah, kamu mesti siapkan pada tempoh waktu yang ditetapkan. Alasan lupa untuk menyiapkan kerja rumah tidak boleh diterima…” Nasihat cikgu Syikin kepada semua pelajar Tingkatan 3A.

Kemudian cikgu Syikin menyuruh Adli berjumpa dengannya di bilik guru pada waktu rehat nanti.

Cikgu Syikin pun memulakan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Walaupun hatinya sedikit kecewa dengan sikap pelajarnya, namun sebagai seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab, beliau menganggap perkara itu adalah biasa sahaja. Itulah cabaran sebagai seorang guru. Bermacam-macam kerenah pelajar yang perlu diatasi dengan bijaksana.

Apabila tiba waktu rehat, setelah selesai makan, Adli pun segera ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Syikin.

Pintu diketuk beberapa kali kemudian salam di beri.

“Assalamualaikum!!!”

“Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh….” Jawab cikgu syikin yang duduk di mejanya sambil menanda buku latihan pelajar.

“Masuklah Adli…” Suruh cikgu Syikin.

Adli pun masuk dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja cikgu Syikin.

“Adli dah makan belum?” Tanya cikgu Syikin sambil mengeluarkan kuih cekodok yang di bawanya.

“Kalau belum makan, ambillah kuih cekodok ni…Kita makan sama-sama. Cikgu pun belum makan lagi ni…” Pelawa cikgu Syikin.

Cikgu Syikin memulakan bicara dengan bertanyakan apa masalah sebenar yang dihadapi oleh Adli kerana sering tidak siapkan kerja rumah apabila di beri oleh guru. Bukan beliau sahaja, malah cikgu-cikgu lain pun sering merunggut pasal Adli yang malas menyiapkan kerja rumah dan sering tidak membawa buku ke sekolah.

Adli tunduk membisu.

“Ini bukan kali pertama awak tidak siapkan kerja rumah, malah setiap kali saya bagi kerja rumah tak pernah kamu siapkan. Cuba awak ceritakan kepada saya apa masalah awak.” Pujuk cikgu Syikin.

“Kesian kedua ibu bapa awak, mereka sangat menaruh harapan yang tinggi untuk melihat awak berjaya. Ingat! PMR hanya beberapa bulan saja lagi. Kalau awak masih tidak berubah, tak tahu nak cakaplah saya. Jangan Persia-siakan harapan kedua ibu bapa awak.” Nasihat cikgu Syikin lagi.

Tiba-tiba air mata Adli keluar membasah pipi menyebabkan kedua biji matanya merah. Beliau menyesal dan berjanji dengan cikgu Syikin untuk berubah dan belajar bersungguh-sungguh.

“Terima kasih cikgu sebab ambil berat dan menasihati saya. Hari ini saya sedar, saya banyak buat salah dan silap kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Saya minta maaf cikgu….” Kata Adli dengan nada terisak-isak kerana tidak dapat menahan sebak penyesalannya.

“Alhamdulillah cikgu sangat bersyukur kepada Allah kalau awak sudah sedar daripada kesalahan dan kesilapan. Setiap orang pasti melakukan kesilapan dalam hidupnya. Cikgu harap selepas ini awak bersemangat kembali untuk belajar. Tiada seorang guru pun di dunia ini ingin melihat anak muridnya gagal dalam hidup. Jadilah seorang insan yang berguna dan bermanfaat kepada agama, keluarga, masyarakat dan Negara…” tambah cikgu Syikin sambil menarik nafas lega.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak
06 Julai 2011 / 04 Sya’ban 1431
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

6 Responses to Saya Lupa Nak Siapkan Kerja Rumah

  1. azie berkata:

    best best

    Like

  2. Tanpa Nama berkata:

    hahah menarik

    Like

  3. zahrul berkata:

    menarik

    Like

  4. diyaa berkata:

    alamakk terase lha plakk !

    Like

  5. afrina even's berkata:

    awesome !! 😉

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: