Ulangtahun ke-3 2011/1432

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali semoga ceria-ceria semuanya.

Alhamdulillah pada 13 Feb 2011 lalu genaplah 3 tahun blog ini beroperasi.

Syukur Alhamdulillah tidak terhingga kehadratMU Ya Allah kerana masih memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menulis walaupun masa sentiasa mengintai saya.

Di blog inilah tempat saya meluahkan sesuatu dan berkongsi cerita bersama teman-teman di luar sana agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Kunjungan anda ke blog ini amat saya hargai. Setiap hari statistik blog ini meningkat dan kini sudah melebihi 400,000 pengunjung. Alhamdulillah.

Ada di antara kekawan yang menyarankan saya supaya blog ini diletakkan iklan. Kata mereka melalui blog kita boleh buat duit. Dah ramai rakan-rakan bloger yang berjaya mendapat pendapatan 5 angka sebulan melalui blog.

Saya tidak buat sepertimana saranan kekawan sebab niat saya membina blog ini adalah untuk berkongsi ilmu bukannya untuk mencari duit.

Lagipun blog ini taklah sehebat blog-blog kekawan lain…Kah..kah..kah…

Justeru itu, saya sangat bersyukur kerana walaupun sekarang ini masa untuk menulis diblog ini sangat terhad namun kunjungan kekawan diblog ini melebihi 600 pengunjung setiap hari. Satu peningkatan yang memberasankan bagi diri saya jika dibandingkan dengan tahun lepas. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak.
01 Mac 2011 / 26 Rabiul Awal 1432
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 Mac 2011, in Ucapan, UMUM and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: