Tidak Berakhir Di sini…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Maafkan saya kerana membiarkan blog ini lama bersawang tanpa bicara.

Sejak dua mejak ni…masa tak mengizinkan saya menatap lama-lama laptop ini kerana banyak perkara yang perlu dibereskan. Tambahan pula jadual kerja tahun ini sangat padat. Waktu pagi mengajar macam biasa. Manakala sebelah petang pula, mengajar mengaji al-quran (tasmik) dan ko-kurikulum. Jam 5 petang baru selesai. Itulah rutin setiap hari kecuali hari jumaat.

Kemudian kalau ada masa terluang sedikit, saya dan kawan-kawan mengisi masa itu dengan aktiviti memancing. Buat senaman minda. Bila tengok air sungai mengalir boleh tenang siket kepala otak ni. Selain itu, bolehlah save duit belanja beli ikan kat pasar. Kah…kah…kah…

Bukan dah tak ada idea untuk menulis, bukan juga sengaja mengabaikan blog ini….tidak sama sekali wahai sahabatku!!! Selagi saya mampu, selagi itulah saya menulis diblog ini. Tak kiralah cerita apa pun. Saya akan tetap menulis khas untuk anda.

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa saya menukar theme baru…Emmm buat pengetahuan korang semua, theme ini insyaAllah saya akan gunakan sepanjang tahun 2011. Apa pendapat korang semua cantik tak? Hahahahaha…Bagi saya theme ni tak lah nampak formal sangat. Nampak biasa jer. Macam nota harian…betul tak?

Selain itu, dari segi bahasa yang digunakan pula, pada tahun ini saya akan menulis menggunakan bahasa yang biasa-biasa sahaja yang boleh merapatkan dan mengiratkan lagi hubungan persahabatan kita di alam maya ini. Bahasa yang akan digunakan tidaklah terlalu formal. Saya fikir kadang-kadang penggunaan bahasa juga boleh mendekatkan diri dan menarik minat terutamanya para remaja untuk membaca blog ini sebagai jambatan untuk saya berkongsi pengalaman dan juga berdakwah.

Tak kisahlah apa orang nak kata…bahasa rojak ke…kerabu ke..asalkan apa yang nak disampaikan itu mencapai sasarannya. Saya mengerti kot…diri saya bukanlah seorang pakar bahasa, sasterawan, penulis hebat dan sewaktu dengannya. Saya hanya penulis kebanyakkan orang sahaja.

Malah menulis blog ni pun tak ada niat apa-apa…Apatah lagi nak mendapat nama,dapat sanjungan dan sebagainya. Bukan itu yang saya inginkan, saya menulis adalah sekadar untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama korang semua. Selain itu, blog ini juga jadikan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu yang saya miliki. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan memberi manfaat bersama.

Justeru itu, sokongan semua pihak amat diperlukan dan kepada kekawan yang menyokong kehadiran blog ini saya hulurkan jutaan terima kasih. Mudah-mudahan blog ini tidak berakhir di sini…Wallahu a’lam.

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak
06 Februari 2011/02 Rabiul Awal 1432
ibnismail.wordpress.com





About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 Februari 2011, in UMUM and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. lightofhappiness

    selamat menulis kembali

  2. Teruskanlah menulis agar umat manusia mendapat ilmu, maklumat dan pengajaran dari saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: