Langkah Menghadapi Banjir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat bercuti dihujung minggu buat semua pembaca laman ini semoga anda bahagia bersama keluarga tersayang.

Kini keadaan banjir dinegeri pantai timur semakin buruk terutamanya negeri Kelantan dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat.

Menurut laporan berita semasa, kini bandar Rantau Panjang lumpuh apabila semua premis perniagaan ditutup setelah ditenggelami air dan jumlah mereka yang dipindahkan sehingga pukul 8 semalam adalah seramai 2,777 orang.

Selain itu, beberapa buah sekolah juga ditutup akibat dinaiki air melebihi paras bahaya. Dilaporkan juga, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mati lemas semasa bermain air dikawasan rumahnya dikampung belukar limat, peringat petang semalam.

Justeru itu, Kalam ini menasihati kepada semua ibu bapa agar awasilah anak-anak dimusim banjir ini. Jangan biarkan mereka bermain air walaupun dikawasan hadapan rumah kerana malang tidak berbau.

Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak-anak. Pastikan di mana mereka bermain? Siapakah kawan mereka dan apa yang mereka lakukan. Dikuatiri mereka bermain disungai dan tempat-tempat yang boleh mengundang maut.

Di sini saya kongsikan beberapa panduan dan langkah ketika menghadapi banjir. Antaranya ialah :

  • Jangan panik.
  • Utamakan keselamatan diri dan keluarga terutamanya anak-anak.
  • Simpan di tempat selamat surat-surat berharga seperti sijil-sijil ijazah, kad pengenalan dan lain-lain.
  • Periksa semua peralatan elektrik dan pindah ke tempat yang lebih selamat.
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghayutkan anda.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh.
  • Beri bantuan kepada jiran terutamanya jiran yang kurang upaya.

Akhir kalam, semoga panduan dan langkah ringkas di atas bermanfaat kepada semua mangsa banjir dan diharap anda semua bersabar kerana semuanya adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT.

Wallahu a’lam.

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

 

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak
09 Januari 2011 / 03 Safar 1432
ibnismail.wordpress.com

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Januari 2011, in Isu Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. salam ustaz alwi.
    apa khabar skrg?
    masih di tjg manis ke?
    ataupun dh berpindah ke smjung?

    drpd: mohd zain

  2. Slamat sejahtera…sy jadikan bahan ini sbagai salah satu rujukan untuk hasil penulisan kerja kursus sy…terima ksh (:

  3. assalamualaikum…. sy nak amik sikit hasil penulisan encik untuk dijadikan kerja kursus sy.. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: