Bukan Sengaja Sahabat…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

“SELAMAT  TAHUN BARU 1432 H / 2011 M”

Pertamanya saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung setia laman blog ini kerana hampir 2 bulan blog ini sepi tanpa entri yang baru.

Sedar tak sedar, hampir 3 tahun saya menulis di sini. pada bulan februari ini genaplah tiga tahun laman ini berbicara bersama sahabat semua. Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan kalian terhadap kalam saya.

Terkejut juga bila tengok banyak komentar dan pertanyaan yang dikirimkan oleh para pembaca. Terima kasih sekali lagi saya rakamkan kepada sahabat semua kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan pandangan bersama saya di sini.

Antara yang banyak menghantar komentar dan pertanyaan adalah dikalangan pelajar. Ada juga di antara mereka meminta supaya saya menulis lebih banyak tip-tip belajar dan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Malah ada juga dikalangan mereka yang mengadu segala permasalahan yang dihadapi sama ada masalah di rumah dan juga di sekolah.

Sehubungan dengan itu, saya tidak berani berjanji untuk memberi respon dan membalas ke semua komentar dan pertanyaan yang diajukan kepada saya. Ini bukan bererti saya mengabaikan segala komentar dan pertanyaan anda. Tidak sama sekali!!! Jangan salah faham.

Jika ada kelapangan masa, insyaallah saya akan membalasnya. Namun perlu diingatkan di sini janganlah berkecil hati sekiranya pertanyaan anda tidak terjawab. Bukan sengaja, tetapi diluar kemampuan saya.

Wallahu a’lam.

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

 

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak
05 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
ibnismail.wordpress.com

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 Januari 2011, in UMUM. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Kali pertama singgah disini…..

  2. kata-kata yang bermanfaat

  3. kata yang bermanfaat…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: