Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walilahi al-Hamd

Sempena Aidil Adha kali ini marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur dan ketaqwaan kepada Sang Pengcipta (Allah) dengan sebenar-benar taqwa. Mudah-mudahan kita menjadi hamaba Allah yang taat kepada perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA.

Kepada Muslimin dan Muslimah, terutamanya ahli keluarga dan sanak saudara yang berada di Kelantan mahupun di Penang, semua warga pendidik khususnya di SK Tanjung Manis, sahabat handai, kawan-kawan dan para pengunjung laman Kalam Abu Musaddad (ibnismail.wordpress.com), saya sekeluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA…MAAF ZAHIR DAN BATIN”. Taqabballah Minna Wa Minkum.

Semoga Aidil Adha yang kita raikan dan sambut pada hari ini memberi keinsafan dan mengerti apa sebenarnya makna pengorbanan. Sesungguhnya pengorbanan itu amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Kepada mereka yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, semoga diterima Allah dan mendapat haji yang mabrur.

Manakala kepada mereka yang melaksanakan ibadah korban, selamat berkorban!!! Semoga segala amalan yang kita lakukan mendapat keredhaan, keberkatan dan diterima Allah SWT.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Laailahailallah Wallahu Akbar

Allahu Akbar Walillahi al-Hamd.

Ikhlas,

Abu Musaddad sekeluarga.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak.
Rabu 12.15 am
10 Zulhijjah 1431
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: