USAH DISESALI LAGI!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Kalam santai dan ringkas ini khas untuk pelajar-pelajar yang baru saja mendapat result UPSR.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini.

Pelajar yang berjaya pastinya gembira. Huuuh…Berbaloi dengan usaha gigih selama ini. Tak sia-sia belajar 5 jam sehari. Betapa nikmatnya mengecapi kejayaan. Bergunung-ganang pujian telah diterima. Ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan hatta seluruh kampung memberi pujian di atas kejayaan anda.

Manakala pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang pastinya kecewa. Mungkin timbul 1001 penyesalan dalam diri mereka.

“Kalaulah aku belajar bersungguh-sungguh dulu, mesti keputusan UPSR aku juga cemerlang…..”

“Kalau aku dengar nasihat mak dan ayah dahulu, pasti result aku tak seburuk ini…”

“Kalau aku tak ponteng sekolah dahulu, pasti aku pun boleh lulus….”

Ehhhh!!! Menyesal ke dik? Tak usahlah nak menyesal lagi. Tiada gunanya. Masa tak boleh diundur lagi. Ia tetap pergi dan berlalu meninggalkan kita. Benarlah kata pepatah, “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.”

Baguslah kalau anda menyesal sekarang. Mudah-mudahan penyelesalan hari ini memberi 1001 kebaikan untuk hari-hari mendatang.

Sekiranya anda ingin berjaya sepertimana orang lain berjaya, berjanjilah pada diri sendiri bahawa anda akan :

  • Belajar bersungguh-sungguh.
  • Menjadi pelajar yang taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.
  • Menjadi pelajar yang taat kepada kedua orang tua (ibu bapa).
  • Menjadi pelajar yang menghargai masa.
  • Pelajar yang berdisiplin.

Akhir kalam nasihat saya, bagi pelajar yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan terus berusaha lagi untuk masa hadapan disamping sentiasa berdoa kepada Allah Taala untuk kejayaan yang akan datang dalam PMR dan SPM.

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak.
Isnin 12.15 am
08 Zulhijjah 1431H
ibnismail.wordpress.com

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 November 2010, in Motivasi, PENDIDIKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: