Cipta Sejarah : Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kesebelasan pemain pasukan kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.

Saingan dan debaran dalam kempen Piala Malaysia musim ini sudah berakhir. Kejuaraan pada musim ini berpihak kepada pasukan kelantan atau dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2 – 1.

Pada separuh masa pertama pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Kelantan 1 -0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke – 13.

Kemudian pada separuh masa kedua pasukan Kelantan telah mempamerkan rentak permainan mereka yang sebenar. Menyerang dan mengasak pasukan lawan bertubi arus. Sehinggakan memaksa pasukan Negeri Sembilan bermain secara bertahan. Lebih malang lagi tonggak utama dan juga selaku ketua pasukan Negeri Sembilan Aidil Zafuan mengalami kecederaan di bahagian lutut dan terpaksa dikeluarkan oleh Wan Jamak Wan Hassan jurulatih pasukan itu.

Ketiadaan Aidil di bahagia pertahanan menyebabkan barisan pertahanan pasukan Negeri Sembilan longgar dan mudah dibolosib oleh pasukan lawan. Pasukan Kelantan tidak melepaskan peluang dengan ketiadaan Aidil dengan membuat asakan bertalu-talu. Hasil hantaran cantik Norsharul Idlan Talaha membolehkan Khairuddin Omar menaduk masuk untuk menyamakan kedudukan 1 – 1 bagi pasukan Kelantan. Manakala gol kedua adalah hasil rembatan cantik Badri Radzi. Kedudukan 2 – 1 kekal hingga tamat perlawanan.

Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2 – 1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan setelah tewas 1 – 3 kepada pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir piala berprestij pada musim lepas.

Selain itu, kemenangan ini juga menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara perlawanan akhir pada tahun 1955 ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S. Malaya.

Akhir kalam, TAHNIAH sekali lagi kepada semua yang terlibat membantu pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada musim ini. Mudah-mudahan skuad “The Red Warriors” di bawah bimbingan jurulatih B. Sathianathan dapat mengekalkan kejuaraan pada musim hadapan.

“GOMO KLATE GOMO”

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad 01.50 am
23 Zulkaedah 1431 H
ibnismail.wordpress.com

 

 

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 31 Oktober 2010, in BICARA SUKAN and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. kereenn ,,,, numpang lewat ya?

  2. tak kira sape asalkan lelaki memang minat bola..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: