Jangan Lupa Janji Manismu!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dua pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat ini iaitu pada 04 November 2010 di Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah dan di DUN Galas, Gua Musang Kelantan.

Kelmarin telah selesai penamaan calon bagi parti-parti yang bertanding. Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berdepan dengan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah dan PKR diwakili peguam terkenal, Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.

Kekosongan Kerusi Batu Sapi berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Manakala pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pula menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional dan PAS. Calon BN diwakili oleh Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang, Ab Aziz Yusof, 49, manakala PAS yang mempertahankan kerusi itu diwakili Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed, 44.

Maka hari ini bermulalah kempen pilihan raya bagi kedua-dua kawasan tersebut. Perang sepanduk dan bendera sudah bermula. Ceramah juga sudah kedengaran di sana-sini. Beginilah suasana apabila tibanya pilihan raya.

Semasa berkempen, semua calon dan juga parti bertanding diingatkan jangan melakukan perkara-perkara yang dikutuk Allah SWT seperti menabur fitnah, mengaibkan orang lain, bermusuhan sesama sendiri, rasuah dan sebagainya. Sekiranya calon itu menang pilihan raya tersebut tidak kira daripada mana-mana parti pun, kalau kemenangan itu hasil daripada mengfitnah orang lain, rasuah dan sebagainya di dunia memang dia yang menang tetapi di akhirat nanti terimalah azab Allah yang amat pedih. Apa gunanya kemenangan di dunia kalau di akhirat azab yang menanti. Kemenangan hakiki adalah kemenangan di dunia dan juga kemenangan akhirat.

Seperti biasalah apabila tibanya pilihan raya kecil, rakyatlah yang beruntung. Pelbagai janji manis akan ditabur untuk memancing dan meraih undi. Pelbagai projek akan dibangunkan. Jalan raya akan diperbaiki. Masalah Rakyat sudah mula diambil perhatian. Malah semua calon parti bertanding akan turun padang bertemu pengundi dikawasan masing-masing. Pelbagai program dilaksanakan bertujuan supaya masyarakat setempat mengenali siapa calon parti bertanding yang bakal mereka pilih nanti. Maka calon pun tunjuklah kebolehan masing-masing. Ada yang menunjukkan kebolehan menebar roti canai, menguasai pelbagai bahasa dan sebagainya. Mesra rakyat !!!!

Maka kedengaranlah janji-janji manis setiap calon yang bertanding apabila berceramah dipentas. Janji untuk membela nasib rakyat, memberi kemudahan kepada rakyat, meningkatkan taraf hidup rakyat dan semuanya untuk rakyat…rakyat…rakyat….

Maka rakyat jelata yang mendengar janji-janji itu terpaku terpesona indah. Malah ada yang sudah mula berkhayal sekiranya calon yang mereka sokong dan pilih itu menang pilihan raya nanti, mereka akan bakal mendapat rumah baru, apartment baru, jambatan baru dan sebagainya.

Oleh itu, jangan lupa janji-janji yang pernah ditaburkan apabila menjadi wakil rakyat nanti. Itu adalah amanah dan tanggngjawab anda sebagai seorang pemimpin. Akhir kalam saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENGUNDI” kepada seluruh rakyat jelata bagi kedua-dua kawasan pilihan raya kecil tersebut iaitu di Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas. Buatlah pilihan yang bijak. Pilihlah pemimpin yang boleh membela nasib rakyat, agama, bangsa dan negara.

Wallahu a’lam.

 

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

 

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak
Rabu 05.10 pm
27 Oktober 2010 / 19 Zulkaedah 1431
ibnismail.wordpress.com


 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: