Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Afaf Hasiba

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Begitu cepat masa berlalu. Pada 20 Syawal 1431 bersamaan 29 September 2010  lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran pertama anak kami Afaf Hasiba.

Alhamdulillah setahun sudah berlalu. Kini Afaf Hasiba sudah boleh bertatih dan bercakap. Percakapannya hanya dia seorang sahaja yang memahaminya…Hehehehe… Tetapi belum bergigi. Kawan yang seusia dengannya sudah pun mempunyai gigi. Inilah yang merisaukan kami.

Semoga cahaya mata kami ini menjadi penyejuk mata dan menjadi seorang anak yang taat kepada perintah Allah dan Rasul serta menjadi penyeri rumahtangga kami.

Wahai anakku Afaf Hasiba,

Ingatlah pesanan Abi dan Ummi ini  sebagaimana pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya :

“Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.”

“Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.”

“Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

“Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT.”

“Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.”

“Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

Mudah-mudahan pesanan ini menjadi ikutan dan pedoman untuk dirimu dalam menempuh cabaran hidup di dunia ini yang penuh dengan tipu daya dan pancaroba.


Terima kasih kepada Ummi kerana sponsor kek ulangtahun buat Afaf dan Abi…Kami saaaaaayg Ummi….Engkaulah ibu dan isteri dunia akhirat.

Untuk meraikan ulangtahun kelahiran pertama Afaf Hasiba, pada hari minggu yang lalu, kami mengadakan majlis kesyukuran secara sederhana sahaja dengan menjemput sahabat-sahabat terdekat. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Ribuan terima kasih daripada kami sekeluarga buat semua sahabat yang sudi hadir ke majlis kami tempoh hari. Dengan kehadiran anda, majlis bertambah meriah dan barakah lagi.

Wallahu a’lam.

 

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

 

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

Tanjung Manis, Sarawak
Ahad 02.00 am
24 Oktober 2010 / 16 Zulkaedah 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 24 Oktober 2010, in MY FAMILY and tagged , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: