Cipta Sejarah : Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

31 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kesebelasan pemain pasukan kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.

Saingan dan debaran dalam kempen Piala Malaysia musim ini sudah berakhir. Kejuaraan pada musim ini berpihak kepada pasukan kelantan atau dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2 – 1.

Pada separuh masa pertama pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Kelantan 1 -0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke – 13.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Jangan Lupa Janji Manismu!!!

27 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dua pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat ini iaitu pada 04 November 2010 di Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah dan di DUN Galas, Gua Musang Kelantan.

Kelmarin telah selesai penamaan calon bagi parti-parti yang bertanding. Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berdepan dengan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah dan PKR diwakili peguam terkenal, Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.

Baca baki entri ini »


Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Afaf Hasiba

24 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Begitu cepat masa berlalu. Pada 20 Syawal 1431 bersamaan 29 September 2010  lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran pertama anak kami Afaf Hasiba.

Alhamdulillah setahun sudah berlalu. Kini Afaf Hasiba sudah boleh bertatih dan bercakap. Percakapannya hanya dia seorang sahaja yang memahaminya…Hehehehe… Tetapi belum bergigi. Kawan yang seusia dengannya sudah pun mempunyai gigi. Inilah yang merisaukan kami.

Semoga cahaya mata kami ini menjadi penyejuk mata dan menjadi seorang anak yang taat kepada perintah Allah dan Rasul serta menjadi penyeri rumahtangga kami.

Baca baki entri ini »


MAAFKAN AKU SAHABAT!!!

23 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Lama betul saya tak update blog ini. Ada juga kekawan tanya melalui email adakah saya sudah berenti menulis diblog ini.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, saya tetap menulis selagi mana diizinan Allah. Tak pernah terniat dihati untuk berenti menulis walaupun kekadang masa sangat tidak mengizinkan. Namun itu bukan menjadi penghalang dan alasan untuk saya mengabaikan laman ini.

Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk. Banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2010. Saya baru sahaja selesai membuat soalan peperiksaan akhir tahun yang akan dijalankan pada hari isnin ini (25 Oktober 2010). Alhamdulillah semuanya dah settle.

Baca baki entri ini »