Lagu Mano Pekso Agok-agok Buleh 5A Ko?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. Hai adik-adik, apa khabar semua? Saya harap semuanya sihat walafiat. Lebih-lebih lagi pelajar Tahun 6. Mereka baru sahaja selesai mengduduki UPSR. Pastinya lega dan tenang sekarang. Yelah…Tak perlu fikir-fikir pasal exam lagi…Betul tak?

2. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka berasa lega setelah anak kesayangan mereka telahpun selesai mengduduki UPSR. Beberapa orang ibu bapa pelajar tahun 6 yang saya temui, mereka melahirkan rasa syukur kepada ILAHI kerana anak mereka dapat menjalani UPSR tanpa ada sebarang masalah. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

3. Calon UPSR sudah MERDEKA!!! Manakala bagi calon yang mengambil peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM mungkin di saat dan ketika ini mereka bertukus lumus giat mengulangkaji pelajaran untuk mengadapi peperiksaan tersebut.

4. Pengalaman saya, setelah selesai sahaja peperiksaan UPSR, keluar sahaja dewan peperiksaan hati tak boleh nak cakap lagi….gembira sangat! Rasa segala beban, tekanan, resah gelisah semuanya hilang. Bila sampai di rumah, mak pula tanya…. “lagu mano weh pekso agok-agok buleh 5A ko??” Dengan yakin saya menjawab pertanyaan mak, “emmmm…Insyaallah buleh 5A, tapi bahaso ingris tak brapo buleh jawab…harap-harap dapat A jugok la…” Saya memang lemah dalam bahasa english semasa sekolah rendah dulu. Mak pun kata sambil berpesan, “takpo…usaho….usaho doh..kita seroh ko Allah je lah keputusannyo…Jange lupo tuh tiap kali lepah semaye doa banyok-banyok kepado Allah. Mintok ngan Allah biar buleh result comel nati…..”

5. Alhamdulillah berkat doa mak ayah, guru-guru, rakan-rakan dan semua pihak, saya salah seorang pelajar yang mendapat result UPSR terbaik dan cemerlang pada ketika itu.

6. Dulu..Kalau dah habis exam, macam-macam program kami buat. Seingat saya, selepas exam UPSR, kami buat lawatan sambil belajar ke Terengganu. Banyak tempat kami lawati. Seronok!!!!!

7. Selain itu, kami juga buat kerja-kerja amal seperti mengecat bangunan sekolah, melukis meror, menanam pokok bunga dan sebagainya. Kerja-kerja seperti inilah yang dapat kami lakukan sebagai membuktikan kecintaan dan kasih sayang kami terhadap sekolah. Setiap kali saya pulang ke kampung, pasti saya akan melawat sekolah lama saya iaitu Sek. Keb. Kuala Balah. Apabila masuk sahaja pintu pagar sekolah itu, berbagai kenangan dan memori silam bermain difikiran. Indahnya zaman sekolah rendah dahulu. Susah untuk dilupakan…ianya memori berharga dalam hidup.

8. Saya berharap semua calon-calon PMR, SPM, STAM dan STPM tingkatkan usaha anda, kuatkan semangat juang, jangan mudah putus asa, berkongsi maklumat bersama teman dan rakan-rakan, jangan lupa solat lima waktu dan solat sunat, berdoa kepada Allah SWT dan lakukan yang terbaik dalam hidup anda setiap hari. Mudah-mudahan anda semua berjaya!!!

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Ahad 06.30 pm
26 September 2010 / 17 Syawal 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 26 September 2010, in PENDIDIKAN and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: