Pesanan Buat Calon UPSR 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. Alhamdulillah kita masih lagi dalam suasana berhari raya, tetapi ingatkah anda wahai pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, esok (selasa 21 September 2010 / 12 Syawal 1431) semua pelajar tahun 6 akan menghadapi UPSR. Mungkin ada di antara anda yang masih bermimpi di siang hari, almaklumlah masih berseronok dan bergembira menyambut hari raya. Justeru itu, saya utuskan kalam ini sebagai pesanan dan peringatan khas untuk anda wahai calon-calon UPSR.

2. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi UPSR? Sudahkah anda mengatur starategi? Sudahkah anda menetapkan matlamat anda? Adakah anda yakin bahawa anda akan lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan sekolah anda dalam ujian nanti? Nah…Persoalan ini perlu dijawab sekarang.

3. Harapan saya semoga anda semua sudah bersedia untuk menghadapi ujian ini. Hilangkan rasa gementar, takut dan tidak yakin dalam diri. Berkatalah pada diri anda, bahawa anda juga boleh melakukan yang terbaik sepertimana orang lain. Yakinlah pada diri sendiri.

4. Mulakan langkah anda dengan doa, kemudian berusahalah untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dalam ujian nanti sebaik mungkin. Seterusnya berikhtiarlah untuk mendapat markah yang terbaik iaitu “A”. Selebihnya bertawakallah (berserah) kepada Allah SWT.

5. Ketika menjawab soalan, baca arahan dengan teliti. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang susah. Berusaha untuk menjawab kesemua soalan yang ditanya. Apabila selesai menjawab, semak kembali berulang kali. Jangan membazir masa. Gunakan masa yang diberi sebaik mungkin. Ada sesetengah pelajar, apabila mereka selesai menjawab, mereka tidak membuat semakan. Malah ada juga pelajar yang tidur sementara menunggu masa tamat. Sikap sebegini akan merugikan diri sendiri!!

6. Akhir kalam, saya mengucapkan “SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2010”. Doa saya, semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan bersemangat. Mudah-mudahan segala kesulitan dan kepayahan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Insyaallah anda semua akan mendapat keputusan yang terbaik nanti iaitu “5A”. Ameen.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Isnin 12.10 am
20 September 2010 / 11 Syawal 1431
ibnismail.wordpress.com


About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 September 2010, in Motivasi, PENDIDIKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. tq..tapi saya masih lom sedia cam ne

  2. kepada calon calon upsr,belajarlah bersungguh sungguh.kuatkan semangat untuk berperang dalam peperiksaan besar.jangan gemntar,no nervous and do the best.awal bangun and get more energy.mora pray or do anything for success.let says A…A….A…A…A i can get 5A.ready go….go….go.good luck.

  3. saya akan lulus kah tak

  4. selamat berjaya dalam upsr

  5. saya nur amierah….dari sandakan,sabah…

    saya tengah menghadapi upsr…saya x tahu macam mana nak hilangkan nervous kat dalam diri niii…..saya nak ikut jejak abg2 dan kakak2 saya..saya cuba…

    kepada semua rakan seperjuangan di luar sana….saya di sini sentiasa mendoakan kamu dan diri saya………SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEH 5A DALAM PEPERANGAN NII [UPSR]….

    amin….

  6. Saya akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2011 .. Saya berharap saya boleh menjawab soalan2 tersebut dan dapat 5A .. Amin ..

  7. Smoga anda smua brjya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: