Takziah Buat Keluarga Allahyarham M. Rajoli

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. Pelakon dan pelawak terkenal anak kelahiran Pasir Mas Kelantan Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain atau lebih dikenali sebagai M. Rajoli telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 semalam akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

2. Dikatakan beliau menderita akibat mengidap penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma sejak 2008 dan menurut sumber juga beliau lumpuh hampir seluruh tubuh.

3. Beliau adalah antara pelakon dan pelawak veteran yang saya kagumi. Lakonannya bersahaja membuatkan ramai yang tidak kering gusi melihat telatah dan gelagat lakonan beliau.

4. Selain itu, banyak juga drama atau filem beliau yang memegang watak warak seperti watak tok imam atau ustaz. Pendek kata beliau adalah seorang pelakon dan pelawak yang serba boleh.

5. Apapun apabila tiba waktu dan masa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa (Allah), maka tiada sesiapa pun yang bisa menahan atau mengundurkan masa itu. Sesungguhnya setiap yang hidup dimuka bumi ini pasti akan menemui kematian. Itu pasti!!!

6. Hari ini beliau telah pergi menemui Pengciptanya, mungkin esok atau lusa giliran kita pula. Tiada siapa yang mengetahuinya. Wallahu a’lam.

7. Dengan ini, saya sekeluarga mengucapkan takziah buat semua ahli keluarga allahyarham, sama-sama kita berdoa agar rohnya  ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

8. Saya menyeru kepada semua pengunjung dan pembaca laman ini marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarham M. Rajoli. AL-FATIHAH………………….

9. Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Sabtu 09.00 am
18 September 2010 / 09 Syawal 1431
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 September 2010, in Artis, UMUM and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: