Naikkan Umur Persaraan 60 Tahun

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  1. Semalam Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

  2. Kata Omar lagi, sehingga kini Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

  3. Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

  4. Sebenarnya Cuepacs telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006, iaitu satu memorandum telah diserahkan berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

  5. Cuepacs berharap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik.

  6. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Rabu 03.30 pm
15 September 2010 / 06 Syawal 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 September 2010, in Isu Semasa, Perkhidmatan and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. hmm..er saya ada kemusykilan..saya rasa jika melaksanakan persaraan pada umur 60 ia memberikan kesan kepada orang lain. contohnya pada graduan yang mencari kerja..lambakan graduan yg tidak bekerja makin meningkat..maka jika dilaksanakan ia akan menambahkan lagi graduan2 yang menganggur..bukanya tidak menghargai pada org2 lama untuk terus berkhidmaat..kerana saya percaya org2 lama ini banyak pengalaman dan sangat istimewa…namun terdapat kesan lain yg timbul jika dilaksanakan…sekadar pendapat..mungkin ada yang boleh membantu menambah perkongsian idea ini dialukan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: