Tarbiyah Ramadhan dan Cermin Diri

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah walaupun masa cemburu untuk saya terus menatapi laptop usang ini, namun kesempatan yang diberikan oleh Allah pada ketika ini saya gunakannya sebaik mungkin untuk berbicara bersama anda. Mudah-mudahan bicara kita diberkati dan bermanfaat untuk diri saya, diri anda dan kita semua. Insyaallah!

Ramadhan setiap tahun datang dan pergi. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Malah mereka sangat bergembira apabila datangnya bulan mulia ini. Manakala bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah kedatangannya sangat merisaukan. Mereka risau kerana tidak boleh makan dan minum lagi pada siang hari dan sebagainya.

Justeru itu, tanyalah pada diri kita. Adakah kita tergolong di dalam golongan mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini? Atau sebaliknya. Masing-masing ada jawapannya tersendiri. Biarlah jawapan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana sesungguhnya Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati sanubari kita. Hanya diri kita dan Allah!!!

Nah…Gembira atau sebaliknya, ramadhan tetap datang dan pergi. Ia tak pernah memaksa kita untuk menyukainya. Apatah lagi untuk menyambutnya. Hanya keimanan dan ketaqwaan kita yang dapat merasainya. Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan hamba Allah yang merindui kedatangannya. Maka dengan kedatangannya pada tahun ini bisa memberi seribu makna dan pergertian positif dalam hidup kita.

Sepertimana kita ketahui, ramadhan adalah bulan tarbiyah. Tarbiyah diri dan keluarga ke arah yang terbaik untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Ya…Taqwa! Bukankah tujuan kedatangannya untuk mendidik manusia menjadi insan yang bertaqwa. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Sebagaimana Firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (al-Baqarah : ayat 183)

Oleh itu, dalam keghairahan menyambut kedatangan ramadhan dan menjalankan ibadah puasa, pernahkah kita bertanya pada diri, bagaimana status puasa kita, adakah ianya akan diterima Allah? Apa yang ditakuti adalah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Ketika berpuasa banyak perkara yang perlu dijaga. Bukan setakat menahan makan dan minum sahaja. Malah hal-hal dalaman juga perlu dijaga seperti penyakit hati antaranya perasaan riak, takbur, ujub, marah, hasad dengki dan sebagainya.

Manakala orang yang bertaqwa, mereka melakukan sesuatu ibadah bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk riak. Ibadah mereka semata-mata kerana Allah. Selain itu, mereka juga adalah bersifat pemaaf! Bukannya pemarah. Masyaallah.

Dengan demikian, marilah sama-sama kita cermin diri adakah kita bebas daripada segala perkara-perkara yang disebut di atas. Jika sebaliknya, belum terlambat untuk mentarbiyah diri kita kerana ramadhan belum lagi berakhir. Sama-sama kita bermohon kepada Allah SWT agar diberi kesempatan dan umur yang panjang untuk kita memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Subhanallah…Mudah-mudahan kita menjadi hamba-NYA yang BERTAQWA!

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Selasa 01.00 am
24 Ogos 2010 / 14 Ramadhan 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 24 Ogos 2010, in Bicara Agama and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. ~~~Salam,bila dah baca baru ”celik hati..knapa sambil lewa selama ni..terima kasih..artikel ni bagus skali..betul .Mudah-mudahan kita menjadi hamba-NYA yang BERTAQWA…..Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: