Ramadhan Hadir Lagi…Selamat Berpuasa!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah : ayat 183)

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan yang semestinya ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam.

Pada hari yang baik lagi barakah ini, saya seisi keluarga ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA” kepada seluruh umat Islam terutamanya ahli keluarga di kampung, sanak saudara, rakan sekerja, sahabat handai dan semua pengunjung laman ini.

Kehadiran ramadhan ditunggu-tunggu oleh hamba Allah yang beriman. Kerana pada bulan inilah Allah SWT melipat gandakan ganjaran pahala bagi segala amalan soleh yang dilakukan.

Manakala pada bulan ini juga umat Islam diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu.

Sememangnya kehadiran bulan mulia ramadhan dan tuntutan berpuasa mempunyai kelebihan dan hikmah-hikmahnya.

Antara hikmah diwajibkan berpuasa ialah :

  • Menandakan kesyukuran kepada Allah SWT
  • Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti sabar, tabah, bertanggungjawab, amanah dan sebagainya.
  • Melatih sikap tolong-menolong antara satu sama lain.
  • Meningkatkan kesihatan diri
  • Menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela) seperti berbohong, mengumpat, fitnah, dan sebagainya.

Seterusnya secara ringkas di sebutkan di sini antara kelebihan-kelebihan bulan ramadhan ialah :

  • Bulan diturunkan al-Quran
  • Bulan keberkatan
  • Bulan penghapusan dosa
  • Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini agar dapat mendidik dan mentarbiyah diri kita menjadi insan soleh dan solehah. Kerana dibulan ini kita digalakkan mengandakan amal ibadah, bersedekah, memohon keampunan Allah dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan diri kita sentiasa dekat dengan-NYA. Ameen..Wallahu a’lam.

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA”

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Rabu 08.00 am
11 Ogos 2010 / 01 Ramadhan 1431
ibnismail.wordpress.com


About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 Ogos 2010, in Bicara Agama and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: