Pengalaman di Sebako Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Salam silaturrahim dan bertemu kembali!

Hampir 2 minggu laman ini tidak berbicara. Oleh itu, terlebih dahulu saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung setia laman Kalam Abu Musaddad kerana tertunggu-tunggu bicara saya.

Bicara pada malam ini saya ingin mencoretkan sedikit pengalaman kunjungan saya ke kampung Sebako. Sebenarnya minggu lepas SK Tanjung Manis telah membuat rombongan ke kampung Sebako yang disertai beberapa orang pelajar dan guru pengiring. Rombongan ini bukan bertujuan untuk melancong, tetapi bertujuan untuk menghadiri majlis pertandingan tilawah al-Quran dan festival nasyid sekolah-sekolah rendah zon tanjung manis yang berlangsung di SK kampung sebako. Ada juga di antara guru pengiring yang dilantik menjadi hakim termasuk saya sendiri pada pertandingan tersebut.

Di sini saya bukan ingin menceritakan perjalanan pertandingan tersebut, tetapi bicara ini ingin berkongsi pengalaman tentang kampung sebako. Saya yakin pasti pembaca tertanya-tanya di mana sebenarnya terletak kampung sebako ini, apa keistimewaan kampung ini terutamanya pembaca dari semenanjung. Bagi pembaca yang berasal dari negeri Sarawak, pastinya mereka sudah mengetahui di mana terletaknya kampung Sebako.

Sebakau atau Sebako adalah sebuah perkampungan melanau yang terletak dipulau Bruit bahagian Mukah dan di daerah Daro. Selama hampir 3 tahun bertugas di Sarawak, belum pernah saya menjejak kaki ke kampung ini. Inilah peluang terbaik buat saya untuk melihat sendiri serta mengenali dengan lebih dekat lagi kampung sebako. Kalau sebelum ini hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan yang sudah sampai ke kampung tersebut. Bak kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”….

Pada part 1, saya akan menceritakan secara ringkas perjalanan kami untuk sampai ke kampung Sebako.

Dari tanjung manis, untuk sampai ke kampung sebako terdapat dua pilihan iaitu sama ada untuk menggunakan jalan laut atau jalan darat. Rombongan sekolah kami telah memilih untuk menggunakan jalan darat dengan menaiki sebuah lori dan sebuah van. Selain itu, saya dan beberapa rakan lain menaiki motosikal kerana lori dan van adalah terhad untuk pelajar-pelajar serta beberapa orang guru pengiring terutamanya guru perempuan sahaja. Manakala lori pula digunakan untuk mengisi barang-barang keperluan seperti beg pelajar dan guru, barang makanan dan lain-lain.

Sebelum bertolak, perjalanan kami dimulai dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh saya sendiri. Lebih kurang jam 08.30 pagi kami mula bertolak dari sekolah. Saya dan beberapa rakan lain menaiki motosikal mengekori lori dan van dari belakang.

Semua yang mengikuti rombongan ini tiada seorang pun yang pernah sampai ke kampung sebako termasuklah pemandu lori dan van kami. Inilah salah satu sebab mengapa kami teruja sangat untuk pergi ke sana.

Meredah jalan ladang kelapa sawit

“Huhhhh…Meredah ladang kelapa sawit la kita hari ni nampaknya….” kata salah seorang rakan.

Menurut hikayat kawan-kawan yang pernah mengajar di sana, untuk sampai ke kampung sebako sekiranya menggunakan jalan darat, perlu melalui jalan ladang kelapa sawit yang berdebu serta berpasir bukannya seperti jalanraya yang bertar (berturat) dan bertol. Sudah semestinya akan menguji kesabaran dan kecekalan seseorang untuk sampai ke sana.

Beginilah keadaan jalan ladang kelapa sawit yang terpaksa kami lalui

Menurut hikayat lagi, di kampung sebako nanti tiada kemudahan asas seperti air paip, elektrik dan jalanraya. Untuk mandi, memasak dan sebagainya hendaklah menggunakan air hujan. Manakala pada waktu malam pula terpaksa bergelap kerana tiada bekalan eletrik.

huhhhh..meremang juga bulu roma mendengar hikayat ini, saya sudah dapat bayangkan bagaimana keadaan dikampung itu. Tetapi bagi saya itu perkara biasa. Mungkin pengalaman beberapa tahun di aceh dulu membuatkan saya kuat untuk menerima segala kekurangan itu. Semasa belajar di aceh dulu, elektrik hanya 12 jam sahaja manakala sumber air pula adalah air perigi. Semuanya akan diceritakan pada part 2 yang akan datang.

Hikayat-hikayat di atas ternyata benar. Bukan sekadar hikayat dongeng seperti hikayat sang kancil dengan buaya dan lain-lain lagi. Dari tanjung manis ke semop rombongan kami tiada sebarang masalah. Alhamdulillah.

Manakala dari kampung semop untuk ke kampung sebako mengambil masa lebih kurang sejam sahaja, kami terpaksa melalui jalan ladang kelapa sawit sepertimana hikayat di atas tadi. Jalannya berdebu, berpasir dan berlubang serta berbukit-bukit. Bayangkan menaiki motosikal sama seperti menaiki seekor kuda. Tentu anda sendiri boleh imaginasi bagaimana keadaan jalannya.

Oleh kerana semua belum pernah sampai ke kampung sebako, pemandu lori kami bertanya kepada seorang apek mata sepek yang menjaga dipos kawalan sebelum masuk ladang kelapa sawit tersebut. Apek itu pun menunjukkan arah jalan kepada kami. Lalu kami bergerak masuk jalan ladang tersebut mengikut arah yang diberitahu oleh si apek mata sepek tadi. Entahlah apa yang kami temui hanyalah jalan mati!! Sama ada si apek itu tunjuk arah jalan yang salah atau kami yang tersalah jalan. Wallahu a’lam. Tetapi kami dah ikut arah yang ditunjuk oleh apek tadi.

Semua termenung seketika!!

Ada juga di antara kami yang marah-marah kepada si Apek mata sepek tadi…”Bodoh itu orang bagitahu jalan salah!!!”….Kata salah seorang rakan saya.

Tiba-tiba datang dua orang budak muda dengan menaiki motosikal. Katanya mereka dihantar oleh pihak SK Sebako untuk menjadi pemandu dan menunjukkan arah jalan kepada kami.

Kami meneruskan lagi perjalanan.

Di ringkaskan cerita, pemandu lori kami sedar jalan yang dilalui itu sebenarnya salah. Sebab dua tiga kali pusing simpan, hanya jumpa jalan yang sama saja.

Gara-gara melalui jalan yang salah dan mungkin jalan itu tidak digunakan orang kerana sangat teruk berlubang-lubang sana-sini dan penuh dengan sisa-sisa kayu yang melintang jalan menyebabkan van kami mengalami masalah.

Van pulak lekat dalam lubang yang dalam dan memngalami masalah stereng lusss. Tetiba hujan pula turun dengan lebat sekali. Maka jalan bertambah becak dan lincin.

Jalan becak dan sangat lincin selepas hujan

Kita dah salah jalan ni…Kata pemandu lori, Pak Sudirman.

Rombongan kami tersesat sekali lagi..Kali ini gara-gara ikut petunjuk dan arah jalan yang dipandu oleh dua orang budak muda tadi.

Huhhhhh sangat mencabar!!! Mencabar kesabaran! Mencabar kecekalan!!

“Eh..kita pusing jalan yang sama jer ni…bila nak sampai dik…” tanya Pak Sudirman kepada dua orang pemandu arah itu.

“Kami minta maaf bang…kami pun tak pasti jalan mana perlu kita teruskan. Saya pun kurang arif jugak dengan jalan ladang ni…” jawab salah seorang daripada mereka dengan perasaan rasa bersalah.

“Paloi itu budak!!! Kalau tak tahu jalan cakap awal-awal…Bikin menyusahkan orang saja” marah Pak Sudirman.

Hampir semua berputus asa untuk meneruskan perjalanan. Namun dengan pertolongan Allah SWT akhirnya kira-kira jam 05.00 petang, kami sampai jua di Kampung Sebako. Bersyukur sangat-sangat kepada-MU Ya Allah….Tuhan yang menciptakan alam semesta ini.

Kemudian rombongan kami dibawa ke rumah penginapan untuk kontinjen SK Tanjung Manis. Penginapan kami telah diuruskan oleh pihak penganjur SK Sebako dengan kerjasama penduduk kampung.

Kami ditempatkan dan menginap di rumah penduduk kampung tersebut selama 3 malam 4 hari.

Syukur alhamdulillah!

BERSAMBUNG…

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Sabtu 08.35 pm
07 Ogos 2010 / 26 Syaa’ban 1431
ibnismail.wordpress.com




About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 Ogos 2010, in UMUM and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. ~~Salam,…Ya ALLAH ,rasa insaf sangat-sangat..Bersyukur duk kat kg tapi tak macam ni….iskh..kalau spe yang baca artikel ni mesti ”ader rasa kesedaran yg amat sgt…huhu…

  2. salam..saye dari warge kmpung sebako ingin mengucapkan syabas kerana berjya menempuh halangan untuk sampai ke kampung saya.apabila saya membabca blog ini, saya berasa geli hati dan bangga kerana ketabahan kamu untuk pergi ke kampung sebako.sebenarnya memang banyak halangan untuk ke sana.saya tidak tahu mengapa kampung kami begitu daif dan macam tidak diperdulikan tentang bekalan air dan elektrik khasnya.memang urusan ini dilakukan oleh pihak tertentu,tetapi dari dulu sampai sekarang kemudahan itu tiada.sekarang saya sudah berumur 20 tahun,saya terpaksa belajar jauh untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.apa yang menyedihkan,hanya terdapat sebilangan rakan sebaya saya yg berjaya menyambung dalam pelajaran.baiklah,saye xnak bercerite panjang, saye harap awk boleh update pegalaman di sebako part 2 plak..salam ukhwah.

  3. salam,saya mrupakan salah seorang dr pnddk d kmpg sebako..hahaha…agk geli hati la dgn pgalaman tu…sama dgn pgalaman saya mula2 keluar dr negeri srwk…mmg x d nafikan kmpg kami mmg d pinggirkn…apatah lagi apabila saya lihat d kwsn tmpt saya blajr skrg ni (semenanjung malaysia),mmg kmpg kami mcm d pinggirkn…satu je prsoalan yg sering timbul dlm fikiran saya…adakah mmg kerajaan x tahu langsung tentang kmpg kami? atau kerajaan dh tahu tp buat2 x tahu? atau pihak jkk kmpg mmg x mnjlnkan tugas dgn baik? sbb tu setiap kali balik kmpg, saya sedih tengok famili ksempitan duit nk beli minyak untk generator…trpaksa guna air sg untk basuh baju…hrp2 suatu hr nnti, d bwh kpimpinn yg baru mksd saya kpimpinn d bwh generasi kami akan mrubah kedaifan kmpg kami…amin…apa2 pun,saya mmg bangga dgn cikgu seperti encik…mmg cukup prihatin…hrp2 saya pun akan jd mcm encik….insyaallah…

  4. as salam.. syukur kerana anda berjaya sampai ke kampung ini melalui jalan darat. tahun 1980-an 1990-an dahulu sewaktu di alam persekolahan, untuk ke kampung sebako ku tercinta ini hanya boleh melalui jalan air. Public transport (bahasa sekarang ni) hanya bot express dari Paloh – Sarikei or Paloh – Sibu, pukul 3.00 pagi dari Paloh makanya terpaksa menuggu bot express bertemankan lampu suluh dari jeti Sedi. Andai pemandu express tidak melihat suluhan lampu tidak ke bandarlah hari itu. Juga jika tersalah suluh express, yang singgah express ke Sibu dan bukan express Ah Hong ke Sarikei. Untuk ke Kg Sedi dari Sebako ada 2 jalan samada menumpang bot nelayan yang kebetulan ke Sedi atau berjalan kaki 3 jam merentas pantai!!!

    Itu baru cerita pengangkutan ye sedara. belum lagi cerita-cerita enjim generator yang terletak di depan rumah on pukul 6 ptg off pukul 11 malam. atau cerita-cerita menangkap ketam atau ‘mang’ yang lazimnya hanya ke luar dari lubang andai hujan lebat bersertakan guruh yang lebat sahaja.

    masa saya darjah 6 (1990), kg sebako menjadi tuan rumah kali pertama pertandingan tilawah, tahfiz, nasyid dan bercerita – sama seperti yang anda ceritakan. kami sekampung amatlah excited pada ketika itu. saya mewakili srk kg sebako dalam pertandingan tilawah, nasyid dan bercerita. apa yang ingin diceritakan waktu itu betapa ramainya orang yang menghadiri majlis di balai raya kampung pada malam penyampaian hadiah sehingga hampir roboh balai raya tersebut! bayangkan….

    Namun, melewati hari-hari yang semakin berusia ini, saya lebih suka keadaan kampung sebako sewaktu jalan raya dan line celcom / maxis or digi ada dulu-dulu.. zaman nenek yang suka menanak nasi dengan kayu api batang rambutan, tiket usah tubah bak pelik, tiket benyoh abei pedadah bak amuk …aman damai dan tenang. No wifi, no astro, no line.. none!

    kalaulah boleh kembali ke zaman itu…..

  5. sya sebagai wrga kmpng sebako ingin meminta maaf………krna sudah menyusahkan cg smua

  6. Not the most comfortable option, but it optimizes use of available resources as it does not require any additional purchase.
    And that is especially true for businesses who are interested
    in having a lot of control over their brand name and brand image.

    Find out how Mark shows social media for celebrities how to
    find celebrities to work with, what needs to be done
    and how to expand your business to serving multiple clients at.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: