Monthly Archives: Ogos 2010

Tarbiyah Ramadhan dan Cermin Diri

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah walaupun masa cemburu untuk saya terus menatapi laptop usang ini, namun kesempatan yang diberikan oleh Allah pada ketika ini saya gunakannya sebaik mungkin untuk berbicara bersama anda. Mudah-mudahan bicara kita diberkati dan bermanfaat untuk diri saya, diri anda dan kita semua. Insyaallah!

Ramadhan setiap tahun datang dan pergi. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Malah mereka sangat bergembira apabila datangnya bulan mulia ini. Manakala bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah kedatangannya sangat merisaukan. Mereka risau kerana tidak boleh makan dan minum lagi pada siang hari dan sebagainya.

Justeru itu, tanyalah pada diri kita. Adakah kita tergolong di dalam golongan mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini? Atau sebaliknya. Masing-masing ada jawapannya tersendiri. Biarlah jawapan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana sesungguhnya Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati sanubari kita. Hanya diri kita dan Allah!!!

Read the rest of this entry

Ramadhan 1431H : Ujian Allah SWT!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Emmm entri kali ni saya nak tulis pasal Afaf. Lama sangat tak tulis pasal dia. Asyik menulis isu-isu yang serius jer…Boring jugak kan….

Oklah buat pengetahuan pengunjung yang budiman, umur Afaf sekarang sudah menjangkau 11 bulan. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Kini dia sudah pandai bangun berdiri tanpa bantuan sesiapa pun…Maybe sebulan dua lagi insyaallah dapat berjalan pulak…hahaha…Tak sabar Abi dan Umminya nak tengok Afaf berjalan…Hehehehehe…

Minggu lepas Afaf demam teruk, badannya sangat panas, batuk dan selsema. So saya bawa dia pergi ke poliklinik sarikei. Setelah melihat keadaan Afaf, doktor terus membuat pemeriksaan x-ray dan didapati paru-paru Afaf kotor dan dijangkiti kuman. Masyaallah. Kelu lidah untuk berkata-kata setelah mendengar hasil pemeriksaan doktor itu. Hanya keresahan dan kebimbangan yang menyelubungi hati kami suami isteri.

Read the rest of this entry

Ramadhan 1431H : Sunat Berbuka Puasa Dengan Kurma

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Rutob ialah buah tamar yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Read the rest of this entry

Ramadhan 1431H : Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Salam ramadhan buat semua pengunjung setia Kalam Abu Musaddad semoga ibadah puasa hari ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala oleh Allah SWT hendaknya.

Kepada kekawan dan sahabat-sahabat yang masih tercari-cari jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun 2010 / 1431, di sini saya kongsikan bersama anda.

Untuk muat turun jadual tersebut, anda boleh klik di sini.

Read the rest of this entry

Ramadhan Hadir Lagi…Selamat Berpuasa!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah : ayat 183)

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan yang semestinya ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam.

Read the rest of this entry

Pengalaman di Sebako Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Salam silaturrahim dan bertemu kembali!

Hampir 2 minggu laman ini tidak berbicara. Oleh itu, terlebih dahulu saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung setia laman Kalam Abu Musaddad kerana tertunggu-tunggu bicara saya.

Bicara pada malam ini saya ingin mencoretkan sedikit pengalaman kunjungan saya ke kampung Sebako. Sebenarnya minggu lepas SK Tanjung Manis telah membuat rombongan ke kampung Sebako yang disertai beberapa orang pelajar dan guru pengiring. Rombongan ini bukan bertujuan untuk melancong, tetapi bertujuan untuk menghadiri majlis pertandingan tilawah al-Quran dan festival nasyid sekolah-sekolah rendah zon tanjung manis yang berlangsung di SK kampung sebako. Ada juga di antara guru pengiring yang dilantik menjadi hakim termasuk saya sendiri pada pertandingan tersebut.

Read the rest of this entry