Sekolah Khas Pelajar Mengandung!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Saya teruja dengan cadangan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan yang sah atau luar nikah semalam.

Kata Pak Menteri Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk menempatkan remaja yang mengandung untuk meneruskan persekolahan mereka daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Selain itu, apa yang lebih penting kata Pak Menteri itu berhubung cadangan penubuhan sekolah itu adalah untuk menyelesaikan masalah remaja berzina dan membuang bayi.

Cadangan yang baik!!!

Saya bukanlah seorang pengkritik. Tak pandai pun untuk mengkritik cadangan orang lain. Tetapi atas dasar persaudaraan dan keprihatinan sebagai hamba Allah yang menumpang di muka bumi ini, maka terdetik di hati untuk melontarkan sepatah kata sebagai bicara pagi ini sebagai ingatan diriku sendiri, dirimu dan kita semua. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dan sama-sama berfikir adakah perlu sekolah khas tersebut di tubuhkan ataupun sebaliknya.

Niat dan cadangan Pak Menteri Melaka itu sangat baik. Tetapi tiada cara lainkah yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah remaja mengandung tercicir dalam pelajaran selain menubuhkan sekolah sepertimana yang dirancang.

Apa yang merisaukan adalah dengan penubuhan sekolah khas tersebut, bukan semakin berkurangan remaja mengandung tetapi semakin bertambah-tambah pula.

Mereka akan berfikir, “em kalau berzina pun best jugak..Mengandung…Takpe dah…Sekarang dah ada sekolah khas, kita dah ada tempat untuk belajar, dah tak rasa malu sangat sebab kat sana semua pelajar perutnya buncit berisi….Dulu kalau buat kerja tu kena berenti sekolah sebab malu atau kena buang oleh pihak sekolah….”

Lihatlah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan di negara ini bagi menempatkan remaja -remaja terlanjur dan seterusnya mengandung atau mak remaja mengandung, tetapi setiap hari ada saja bayi dibuang.

Setahu saya, di rumah-rumah perlindungan ini juga remaja-remaja tersebut di beri didikan agama, motivasi dan sebagainya supaya mereka berubah dan kembali ke jalan yang benar.

Nampaknya semakin banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan, semakin bertambah-tambah pula kes-kes remaja mengandung luar nikah dan pembuangan bayi. Apatah lagi menubuhkan sekolah khas untuk mereka!!!

Saya berpendapat buatlah apa-apa program pun..Manusia hari ini sudah jauh dengan Allah, jauh dengan suruhan Allah. Malah syaitan pula menjadi sahabat karib mereka. Manusia mudah terpedaya dengan tipu helah syaitan. Lemah iman dan nafsu semakin membara.

Contohnya setiap hari dalam TV, radio dan media cetak lain melaungkan slogan “Kami Prihatin!!! Kami Prihatin!!! Kami Prihatin!!!

Nah!!!! Semalam seorang pula bayi yang baru lahir dibuang di dalam tong sampah. Saya bukan nak pertikaikan keberkesanan program ini, tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Saya fikir, tiada cara lain yang sesuai untuk menyelesaikan masalah remaja mengandung luar nikah (zina) dan pembuangan bayi yang parah pada hari ini kecuali kembali kepada ajaran Allah yang sebenarnya. Maksud saya kembali kepada hukum Allah sepertimana termaktub di dalam kitab suci al-Quran dan hadith Rasulullah SAW.

Di bawah ini diterangkan secara ringkas tentang hukum hudud berkaitan dengan zina yang dipetik dari laman mufakirin.forumotion.net :

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :

1. Zina Muhsan : Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

2. Zina Bukan Muhsan : Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

“Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

“Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

Akhir kalam saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya bicara pagi ini tidak menyenangkan hati banyak pihak. Mungkin apa yang tertulis di atas adalah bersifat negatif. Tetapi fikir-fikirkanlah apa yang terbaik dan mujarak untuk merawat barah yang semakin parah dan bernanah berhubung dengan remaja mengandung luar nikah dan pembuangan bayi dalam masyarakat kita hari ini. Adakah dengan penubuhan sekolah khas remaja mengandung dapat menyelesaikan masalah ini? Tepuk dada tanya hati dan iman anda. Pasti ada jawapannya.

Wallahu a’lam.

_________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad 01.10 am
25 Julai 2010 / 13 Sya’aban 1431
ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 25 Julai 2010, in Isu Semasa, PENDIDIKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. saya cadangkan 100 KALI SEBATAN!!!

  2. salam,MISZ tak menyokong sangat…tapi tengoklah mana yg dapat kta cegah…

    ” lebih penting kata Pak Menteri itu berhubung cadangan penubuhan sekolah itu adalah untuk menyelesaikan masalah remaja berzina dan membuang bayi……

    ”Apa yang merisaukan adalah dengan penubuhan sekolah khas tersebut, bukan semakin berkurangan remaja mengandung tetapi semakin bertambah-tambah pula.

    Bg Misz didikan agama dan kawalan yg kuat di dalam keluarga amat penting….dan sebagai ibu bapa doakan anak2 kita setiap hari agar menjadi anak yg soleh dan solehah….”doa ibu bapa kan makbul..

  3. Salam,
    I really like what you have done here..

    In my opinion, it’s a good idea to build the school. Not that I support any form of pre-marital sex or immoral conduct. It’s just that, at least these girls have somewhere to seek solace and comfort if they were ever disowned by their families.

    And this, in a way, might help to reduce the numbers of baby dumping cases that seem to be increasing at an alarming rate nowadays…

    I believe, the original intention in building the school (to reduce the numbers of baby dumping cases) should be highlighted here… Whether the numbers of teenage pregnancy cases are increasing or not, it’s really not the issue. I mean, whether the school is built or not, the problem will not cease.

    My two cents. Salam…

  4. TAK PE BRO YANG PENTING ADA INSAN YANG PRIHATIN UNTUK BUAT AMAL, BENDA BARU MEMANG MACAM TU SUSAH ORG ATAU MASYARAKAT NAK TERIMA , BILA DAH NAMPAK KEBAIKKANNYA BARU ORG SEDAR. SEJAHAT JAHAT ORG ADA JUGA MENYUMBANG PADA KEBAIKAN, TAPI SEBAIK BAIK KITA APA YANG KITA BUAT UNTUK MASYARAKAT , ASYIK DOK KOMEN AJE TAK TENTU ARAH DAN HALA TUJUAN FIKIR FIKIRKAN LAHHHHHHHH BRO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: